Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB

Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB
link : Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB

Baca juga


Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB

BATU PAHAT: Kerajaan Negeri Johor akan memperkenalkan sistem pendidikan agama moden yang bersifat lebih komprehensif dan seimbang, menurut Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Katanya, sistem pendidikan interaktif yang menggunakan aplikasi digital itu melibatkan tiga fasa dengan kos keseluruhan sebanyak RM14 juta.

Pada masa kini, dua buah sekolah sedang menjalani proses percubaan sebelum ia diperluas ke semua 600 buah sekolah agama di negeri ini pada tahun depan.

Dua sekolah berkenaan, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (Maahad) dan Sekolah Agama Bandar di Johor Bahru, menggunakan peranti tablet dengan lebih meluas.

“Pengisiannya seperti, (belajar) cara mengambil wuduk melalui i-pad, aplikasi. Begitu juga dengan yang lain-lain seperti pembangunan konten, pengaplikasian konten dan sebagainya.

"Ia supaya menarik minat, supaya sekolah agama juga selari dengan sekolah-sekolah sedia ada,” katanya pada satu sidang media ketika merasmikan lima Sekolah Agama Johor di Sekolah Agama Parit Bingan Ayer Hitam, di sini.

Sementara itu, Mohamed Khalid berkata, kerajaan negeri juga akan mengumumkan beberapa langkah berterusan untuk memantapkan pendidikan agama di Johor.

Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan rasa puas hati terhadap Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) kerana berjaya membina dan membaik pulih kesemua 77 buah sekolah agama kerajaan di negeri itu dengan kos RM167.9 juta, menerusi fasa 1 hingga 4, yang terbengkalai sejak 2013.

Manakala, bagi fasa kelima, sebanyak 30 buah sekolah agama kerajaan Johor akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM85.5 juta.

Jelasnya, kejayaan itu merupakan pencapaian yang membanggakan bagi negeri Johor.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB

Sekianlah artikel Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/johor-akan-perkenal-sistem-pendidikan.html

Subscribe to receive free email updates: