JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies

JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies
link : JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies

Baca juga


JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies

IPOH – Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memantau perkembangan penyakit rabies atau anjing gila di negeri itu  bagi mengelakkan jangkitan dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kalamanathan berkata JPN Sarawak juga diarahkan memberi maklumat terkini kepada guru besar dan pengetua sekolah mengenai langkah pencegahan dan kawalan yan perlu dilaksanakan.

“Pihak yang bertanggungjawab perlu mengawal persekitaran sekolah kerana ada di antara kawasan sekitar sekolah yang tidak berpagar terutamanya sekolah yang terletak di kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Desa Pinji dekat Lahat, di sini hari ini.

Sabtu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kanak-kanak termasuk dua beradik berumur empat, enam dan tujuh tahun di daerah Serian, Sarawak dijangkiti rabies  yang dinotifikasi dari Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 22 Jun lalu.

Dr Noor Hisham berkata siasatan lanjut turut mendapati dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak. 

Mengenai bangunan sekolah berkenaan, Kamalanathan berkata Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM2.12 juta bagi pembinaan blok tambahan baharu itu yang dilengkapi sembilan bilik darjah dan sudah digunakan.

Beliau berkata sekolah itu juga mendapat peruntukan khas penyelenggaraan sebanyak RM150,000 bagi tujuan menaik taraf dan kerja-kerja penyelenggaraan.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata SJKT Heawood dekat Sungai Siput di sini bakal dibina tidak lama lagi dan ia merupakan SJKT yang ke-529 untuk masyarakat minoriti itu di negara ini.

Katanya majlis pecah tanah sekolah itu dijangka disempurnakan oleh Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Ogos depan. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies

Sekianlah artikel JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPN Sarawak Diarah Pantau Virus Rabies dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jpn-sarawak-diarah-pantau-virus-rabies.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :