JPNT Rekod 12 Kes Buli

JPNT Rekod 12 Kes Buli - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPNT Rekod 12 Kes Buli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPNT Rekod 12 Kes Buli
link : JPNT Rekod 12 Kes Buli

Baca juga


JPNT Rekod 12 Kes Buli

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merekodkan 12 kes buli dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya Shafruddin Ali Hussain berkata daripada jumlah itu, 10 kes telah diselesaikan secara dalaman hasil rundingan antara keluarga pelajar yang terlibat.

“Hanya dua kes dibawa untuk tindakan polis dan mahkamah kerana ibu bapa mangsa mahu mendapatkan keadilan untuk anak mereka.

“Pada dasarnya kes buli di Terengganu semakin berkurangan dan ini adalah hasil tindakan proaktif jabatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta ibu bapa dan masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri JPNT di sini, hari ini. 

Antara langkah JPNT dalam mengurangkan kes buli ialah memperkenalkan peti aduan asrama di kesemua 105 asrama sekolah di negeri itu sejak 1 Jan lalu untuk kegunaan pelajar yang menjadi mangsa atau sebarang unsur buli.

Shafruddin berkata pelajar terlibat boleh menghantar surat di peti aduan tersebut, yang akan diperiksa oleh polis secara berkala.

“Saya selalu mengingatkan pengetua dan guru besar agar tidak menyembunyikan perbuatan buli ini atas apa alasan sekali pun. Malah, apa sahaja aduan ibu bapa mengenai kes buli terhadap anak mereka harus sentiasa diberi perhatian walaupun aduan secara tidak rasmi melalui aplikasi Whatsapp atau Facebook,” katanya. 

Setiap aduan itu akan disiasat secara terperinci oleh Jawatankuasa Siasatan Aduan yang ditubuhkan JPNT agar pembuli dapat dikenakan hukuman setimpal, katanya.  – BERNAMA 

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel JPNT Rekod 12 Kes Buli

Sekianlah artikel JPNT Rekod 12 Kes Buli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPNT Rekod 12 Kes Buli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jpnt-rekod-12-kes-buli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :