Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan

Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan
link : Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan

Baca juga


Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan

PUTRAJAYA – Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983, kata Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman.

Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mengenai tindakan pasar raya menjual buah dan sayur busuk, beliau berkata Subseksyen 13(1) akta tersebut menyatakan mana-mana pihak yang menyediakan atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan, adalah satu kesalahan.

Laporan akhbar tersebut pada 11 Julai lepas menyebut tindakan beberapa pasar raya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah dan pisang yang telah busuk dengan harga murah dan tidak dikeluarkan dari rak jualan, menimbulkan ketidak puasan hati dalam kalangan pengguna.

“Apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga menasihati orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pengguna dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat.

“Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum membeli makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar,” katanya.

Noraini berkata, sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan makanan boleh disalurkan kepada pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman web moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://ift.tt/1vVF64U. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan

Sekianlah artikel Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jual-buah-sayur-busuk-boleh-dikenakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :