Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa

Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa
link : Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa

Baca juga


Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa

KUALA LUMPUR: Penjualan 49 peratus pegangan saham Proton kepada syarikat automotif China, Geely tidak menggadai maruah negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, rakyat Malaysia perlu memandang ke hadapan demi masa depan Proton dan kelebihan yang dapat dinikmati melalui kerjasama tersebut.

“Warga Proton dan DRB Hicom menerima baik kerjasama strategik ini, ia membolehkan Proton memguasai bahagian lebih besar dalam pasaran tempatan. Ia masih syarikat nasional.

“Proton tidak gadai maruah negara. Ia tidak kita hilang kemerdekaan. Kita harap kita ‘move on’ dan lihat masa depannya. Masa depan lebih cerah apabila perjanjian Proton dan Geely ditandatangani,” katanya ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas beliau, vendor Proton juga menerima kelebihan melalui perjanjian itu apabila mereka bukan sahaja dapat menjadi pembekal untuk Proton sebaliknya turut berupaya menjadi pembekal kepada rangkaian kenderaan yang dimiliki Geely sekiranya memenuhi syarat dan kualiti yang ditetapkan.

“Kita tidak boleh jamin semua komponen dibeli dari pasaran tempatan. Proton pun ada beli barang daripada luar negara. Tertakluk kepada kualiti dan harga.

“Kerajaan akan pastikan kita ada program membina upaya, ini janji Geely kepada Proton. Bukan sahaja keluarkan komponen untuk Proton tapi juga Volvo. Tetapi komponen yang dikeluarkam perlu berkualiti dan setanding negara asing,” kata Mustapa.

Proton kini mempunyai 240 vendor yang membekalkan komponen untuk pembinaan kereta mereka.

“Maka itu vendor adalah komponen terpenting. Vendor hendaklah pastikan komponen dikeluarkan mematuhi kualiti.

“Dalam kes Proton kita sudah pasti ingin melihat penglibatan bermakna syarikat tempatan,” katanya lagi.

Mustapa turut menjelaskan Proton tidak lagi menerima keistimewaan daripada kerajaan sebaliknya syarikat itu turut menerima layanam sama rata sepetti syarikat-syarikat automotif lain di dalam negara.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa

Sekianlah artikel Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jual saham Proton tidak gadai maruah negara - Mustapa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jual-saham-proton-tidak-gadai-maruah.html

Subscribe to receive free email updates: