link : Juara AsNTM 2 Bertunang Dengan Pelukis Eropah
Juara AsNTM 2 Bertunang Dengan Pelukis Eropah
PELUKIS mural terkenal yang berasal dari Lithuania, Ernest Zacharevi berkongsi khabar gembira mengenai pertunangannya dengan juara Asia’s Next Top Model (AsNTM) musim kedua iaitu model Sheena Liam di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Sheena yang merupakan anak jati Selangor dilamar dengan Ernerst meletakkan papan iklan besar bertulis ‘Marry Me Sheena’ di Lithuania ketika mereka berada di negara Eropah itu untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Gadis berusia 26 tahun itu kini bertapak di Amerika Syarikat bagi mengembangkan kerjayanya sebagai model peragaan.
Memetik The Star, Sheena berkata perancangan untuk berkahwin masih lagi dalam perbincangan di antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini sudah tiga tahun bercinta dan sering kali kelihatan bersama dalam majlis keraian fesyen dan hiburan.
“Sudah semestinya akan ada majlis di Lithuania dan mungkin di Kuala Lumpur juga Penang. Kami masih menunggu apa kata keluarga saya,” katanya.
Ernest merupakan pelukis mural terkenal dunia malah hasil karyanya boleh didapati di Georgetown, Pulau Pinang, Ipoh, Perak dan Alor Setar, Kedah. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Juara AsNTM 2 Bertunang Dengan Pelukis Eropah
Anda sekarang membaca artikel Juara AsNTM 2 Bertunang Dengan Pelukis Eropah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/juara-asntm-2-bertunang-dengan-pelukis.html