Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif

Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif
link : Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif

Baca juga


Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih olahraga paralimpik negara R. Jeganathan memuji Abdul Latif Romly yang berjaya mempertahankan pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London, England pada Ahad.

Beliau menyifatkan kejayaan anak jati Perlis itu yang berjaya memperbaharui rekod kejohanan miliknya sendiri adalah satu pencapaian luar biasa kerana atlet berkenaan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali.

"Abdul Latif datang ke sini dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya dan dia sedang bergelut untuk kembali ke prestasi sebenar namun beliau tetap berjaya meraih emas," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp malam semalam.

Mengulas lanjut, Jeganathan yang juga pengurus skuad negara ke London berkata barisan jurulatih paralimpik negara berbangga dengan kejayaan dua emas yang diraih atlet negara pada kejohanan kali ini.

"Sekiranya kami mendapat penambahan pingat emas selepas ini, ia adalah satu bonus kepada skuad olahraga negara," katanya.

Abdul Latif menyumbang emas kedua buat negara selepas mencatat lompatan sejauh 7.37 meter, sekali gus memadamkan rekod kejohanan terdahulu, 7.35m yang dicipta beliau pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar.

Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Muhamad Ziyad Zolkefli menyumbang pingat emas pertama Malaysia dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada Sabtu dengan catatan rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 17.29m.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif

Sekianlah artikel Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jurulatih bangga dengan pencapaian Abdul Latif dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jurulatih-bangga-dengan-pencapaian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :