link : Kalau Ada Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Jangan Tak Tahu Nasi Sejuk Ni Boleh Dijadikan Keropok Sedap! Jom Cuba.
Kalau Ada Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Jangan Tak Tahu Nasi Sejuk Ni Boleh Dijadikan Keropok Sedap! Jom Cuba.
Jika di dapur anda ada lebihan nasi, jangan bazirkan atau buang kerana ia boleh di ‘transform’ menjadi keropok yang sedap. Mudah dihasilkan dan sangat rugi kalau tak cuba. Perkongsian ini adalah daripada Puan Arieza Rieza di group MAHN. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk nasi sejuk | direndam dalam air selama 1 jam
- 1 mangkuk tepung ubi @ secukupnya
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 batang daun bawang | hiris nipis
- Garam secukup rasa
- Stok ayam/ kiub ayam secukupnya
-
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan nasi, bawang putih dan ketumbar. Kisar @ tumbuk sampai halus.
2. Masukkan garam, daun bawang dan kiub ayam. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan sampai liat.
4. Ambil adunan dan gentel menjadi bentuk lonjong (seperti keropok lekor).
5. Didihkan air dan masukkan doh keropok tadi. Rebus sehingga terapung.
6. Angkat dan toskan airnya. Ambil doh dan hiris nipis.
7. Susun kepingan keropok di atas tampi @ dulang dan jemur di bawah cahaya matahari sehingga betul-betul kering.
8. Untuk menikmatinya, goreng di dalam minyak seperti menggoreng keropok biasa. Selamat mencuba! -Pen Merah Press
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kalau Ada Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Jangan Tak Tahu Nasi Sejuk Ni Boleh Dijadikan Keropok Sedap! Jom Cuba.
Sekianlah artikel Kalau Ada Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Jangan Tak Tahu Nasi Sejuk Ni Boleh Dijadikan Keropok Sedap! Jom Cuba. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau Ada Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Jangan Tak Tahu Nasi Sejuk Ni Boleh Dijadikan Keropok Sedap! Jom Cuba. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kalau-ada-lebihan-nasi-jangan-dibuang_6.html