Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz

Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz
link : Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz

Baca juga


Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz

1.png

KUALA LUMPUR – Dituduh mempunyai hubungan dengan seorang artis lelaki yang sudah berkahwin, adik kepada pelakon Anzalna Nasir, Afifah Nasir, tampil memberikan penjelasan dan menafikan tuduhan isteri kepada artis berkenaan.

Menurut Afifah, pertemuannya dengan Aliff Aziz di pusat hiburan itu semalam adalah di atas urusan produksi, bukannya seperti yang didakwa oleh isteri Aliff, Bella yang dalam berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka.

“Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.

“Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang ulasan lanjut.

“Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga,” katanya memetik laporan dari Berita Harian.

Semalam, Aliff Aziz ditahan kerana memukul isterinya di sebuah pusat hiburan selepas didapati bersama dengan seorang wanita, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Bella dikatakan datang ke pusat hiburan itu untuk mencari suaminya dan berang apabila mendapati suaminya bersama dengan wanita berkenaan lalu mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu.

Artis berkenaan dikatakan berang sebelum mengambil telefon bimbit isterinya dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah mangsa. Kejadian mengakibatkan mangsa luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.

Susulan kejadian itu, pihak produksi memaklumkan bahawa penggamabaran drama lakonan Aliff dan Afifah terpaksa dibatalkan kerana Aliff ditahan polis.

“Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis. Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan,” katanya.

Sumber: pixelperfext

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz

Sekianlah artikel Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kami berjumpa atas urusan produksi Afifah Nasir nafi dakwaan isteri Aliff Aziz dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kami-berjumpa-atas-urusan-produksi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :