Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw

Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw
link : Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw

Baca juga


Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw

1656074_532081040239768_96815035_n-Copy.

Isu Kassim Ahmad dan persepsi yang ada kepada beliau sebagai seorang anti-hadith ini sedang menjadi ketakutan ramai khususnya kepada kita orang Islam. Saya beranggapan yang Kassim Ahmad ini seolah-olah sebagai pembawa agama baru, yang tidak perlu mentauhidkan Tuhan melalui kezuhudan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Kassim dengan begitu was-was dengan kerasulan Nabi Muhammad dan seolah-olahnya beliau lebih mengetahui dari Pencipta Maha Esa dan Besar itu.

Bagaimana beliau mendapat sokongan dari seorang bekas Perdana Menteri tidak dapat saya bayangkan. Ini merupakan satu keadaan yang amat mengecewakan kerana sejahil-jahil orang yang beragama Islam seperti saya ini, tidak mahu saya menafikan keagungan Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan Rasul akhir zamanNya..

Jika kita terlalu percaya kepada kecerdikan kita sahaja, maka ini lah jadinya seolah-olah Tuhan yang mengangkat Muhammad sebagai Nabi dan Rasul Akhir zaman itu adalah satu tindakan yang salah. Kalau ada yang berani menzahirkan Tuhan sudah melakukan kesilapan memilih Nabi Muhammad sebagai Rasul pilihanNya tidak dapat saya bayangkan betapa rosaknya agama hasil kerja manusia yang menganggap dirinya lebih berkuasa, berilmu dan berbudaya dari junjungan besar kita itu.

Anggapan Kassim yang Nabi Muhammad s.a.w. itu manusia biasa adalah keterlaluan dan sebagai yang mengakui dirinya sebagai Islam tidak sepatutnya terkeluar dari mulutnya kata-kata seperti itu. Kenapa Kassim tidak memahami perkara yang asas tentang sifat dan zat Tuhan itu? Kassim hanya menggunakan akal dan lojik semata-mata dan tidak mahu menerima bahawa zat Tuhan itu adalah mencetus kepada segala afaal Tuhan yang maha esa itu.

Tuhan itu sifatNya adalah mukhalafah dan segala yang hendak disampai dan dilakukanNya adalah melalui manusia pilihanNya. Manusia sememangnya telah diberikan tanggungjawab untuk menanggung kerahsiaanNya dan jika kita kata Nabi Muhammad s.a.w. itu sebagai manusia biasa ia adalah amat bertentangan dari asas agama serta syariat dan hukum hakam yang diturunkan melalui Nabi Muhammad s.a.w. itu.

Menafikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai manusia agong itu amat tidak sempurna akal seseorang seperti Kassim ini. Jika Nabi Muhammad s.a.w. seorang manusia biasa siapa kah manusia yang agong yang Kassim Ahmad terima sebagai penyampai makallah agama itu? Kita tahu yang boleh menyampaikan makallah Tuhan itu hanyalah manusia yang luar biasa dan ke luarbiasaan itu juga adalah pilihan Tuhan juga?

Sifat kemukhalafahan Tuhan itu lah yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. itu sebagai tempat kita berzuhud dan wajib mengagungkan baginda. Qiasnya, kita memerlukan matahari, tetapi kita tidak perlu terbang keangkasa lepas untuk mengejar matahari itu. Yang perlu hanya lah cahaya kepada matahari itu.

Begitu jugalah dengan Zat (Tuhan) itu. Oleh kerana Tuhan itu sifatNya mukhalafah, maka Nabi Muhammad s.a.w. adalah perantaraanNya. Roh yang dikandung oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah Roh yang paling suci dan itu sebabnya Muhammad Rasullullah itu merupakan seorang insan mukamil. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. itu seorang insan yang Kamil bagaimana orang seperti Kassim Ahmad menganggap Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah manusia biasa.

Itu sebabnya kita perlu berselawat sebanyak yang mungkin kerana Allah sendiri bersalawat terhadap junjungan agong kita itu. Telah pun kita akui Muhammad yang sebenar-nya Muhammad yang dikandung oleh Muhammad bin Abdullah itu merupakan roh yang bersifat Allah itu.

Jika Kassim Ahmad menafikan Nabi Muhammad s.a.w. itu sebagai manusia luar biasa melalui siapakah yang kita hendak tunjukkan dan zahirkan ketauhidan kita melalui amalan-amalan harian kita sepanjang hayat kita ada?

Setakat ini sahaja, hanya saya hendak mempertahankan yang Nabi Muhammad s.a.w. itu bukan manusia biasa. Tubuhnya manusia biasa tetapi apa yang dikandung oleh tubuhnya yang biasa itu adalah luar biasa.

Saya tidak berani menyebut lebih dari itu kerana saya juga merupakan seorang yang jahil dalam bab ketuhanan ini. tetapi dalam kejahilan seseorang itu memahami apa yang saya sebutkan itu sepatutnya ada kepada semua yang mengaku sebagai seorang Islam sebenar dan bukan setakat menjadi seorang Muslim sahaja.

Saya mengingatkan diri saya dan semua supaya jangan terpesong dari asas untuk kita menuju kemukminan itu. Jika Dr Mahathir lebih menghormati dan menjunjung Kassim Ahmad, tidak dapat sesiapa yang berkata apa-apa. Walau bagaimana pun saya berdoa agar beliau dibuka hijab untuk mengenal siapa Nabi Muhammad s.a.w itu sebenarnya.

Akhirnya saya bermohon doa terhadap Allah s.w.t agar saya mendapat shufaat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pula saya terkeluar dari parameter akidah Islam yang sebenarnya.

Sumber: tambahcheeze

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw

Sekianlah artikel Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad saw dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kassim-ahmad-mempersoalkan-kerasulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :