Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor

Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor
link : Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor

Baca juga


Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor

SEMENYIH, SELANGOR - Keadaan rumah iaitu hostel yang disediakan secara percuma kepada pelajar sebuah universiti swasta didapati amat kotor serta berbau busuk malah dibiarkan bersepah sejak seminggu lalu, lapor Harian Metro.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Azimah daripada syarikat swasta yang mengelolakan rumah terbabit berkata, keadaan rumah yang dikatakan meloyakan kerana berbau busuk itu disedari pada Jumaat lalu selepas kemasukan penghuni baru ke kediaman berkenaan.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila mendapati barangan yang terdapat di dalam rumah berkenaan dan juga pakaian seperti dibiarkan bersepah dan tunggang-langgang seperti tongkang pecah.

Menurut Azimah lagi, "Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita, dan saya sangka hostel kena rompak, tetapi rupanya rumah memang dibiarkan berselerak.

“Malah sebaik melangkah masuk, kami 'dihidangkan' dengan bau busuk amat meloyakan.

"Apabila diperiksa, rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai," katanya.


Menurut Azimah, dia tidak menyangka keadaan kediaman terbabit begitu teruk kerana penghuninya bakal menggenggam segulung ijazah.

“Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan, dan sepatutnya bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turut menyediakan kediaman percuma.

"Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit-sebanyak mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Azimah turut memberitahu, sehingga kini masih tiada tindakan dikeluarkan oleh syarikatnya, namun dia mengharapkan amanah serta kemudahan kepada penuntut itu digunakan dengan sebaik mungkin.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor

Sekianlah artikel Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keadaan Rumah Bagai Dirompak Angkara 4 Penghuni Anak Dara Pelajar Universiti Pengotor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/keadaan-rumah-bagai-dirompak-angkara-4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :