Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan
link : Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

Baca juga


Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala Malaysia selepas melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas UiTM FC pada aksi Kumpulan C di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.

Kemenangan kedua berturut-turut itu menyaksikan skuad Lang Merah terus mengungguli carta kumpulan dengan kutipan enam mata.

Lima gol Kedah dijaringkan Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ketiga, Liridon Krasniqi (minit ke-43), Ken Ilso Larsen (minit ke-80), Sandro Da Silva Mendonca (minit ke-90) dan Muhammad Ariff Farhan Md Isa pada penghujung perlawanan.

Juara tujuh kali, Perak turut meneruskan rentak kemenangan selepas menang bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur dalam Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini.

Tiga gol skuad ‘The Bos Gaurus’ dijaringkan dua pemain import mereka, Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke-59 dan 83, serta gol daripada Leandro Dos Santos pada minit ke-72.

Pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 3-3 menentang wakil kelab, T-Team dalam aksi Kumpulan A di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Tiga gol skuad Rusa dijaringkan Bruno Suzuki pada minit ketiga, Jonathan Behe (minit ke-23) dan Farderin Kadir pada minit ke-83.

Sementara, tiga gol T-Team disumbangkan Muhamad Fakhrurazi Musa pada minit ke-74, sepakan penalti oleh Dilshod Sharofetdinov pada masa kecederaan babak kedua perlawanan, selain gol sendiri pemain pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat pada minit ke-53.

Naib juara Piala FA 2017, Pahang terus dirundung malang apabila mencatat keputusan seri 1-1 menentang pasukan Liga Perdana, PKNP FC dalam aksi Kumpulan A di Stadium Perak, Ipoh.

Matheus Alves Leandro terlebih dahulu meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-51 sebelum Mohamad Hafiz Ramdan menyamakan kedudukan untuk PKNP FC pada minit ke-80.

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim turut meraih satu mata selepas terikat tanpa jaringan menentang Terengganu dalam aksi Kumpulan D di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Tiga lagi aksi Piala Malaysia melibatkan pertemuan PKNS FC dan Felda United (Kumpulan B); Melaka United berdepan Kelantan (Kumpulan C) serta aksi Kumpulan D antara Sarawak dan Selangor akan berlangsung esok. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

Sekianlah artikel Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kedah-perak-teruskan-rentak-kemenangan.html

Subscribe to receive free email updates: