link : Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu
Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu
KUCHING – Ini bukan premis di China atau Vietnam tetapi berlaku di Malaysia malahan lebih dahsyat di Sarawak yang kini kecoh dengan penularan wabak penyakit rabies atau anjing gila.
Aktiviti haram seorang pengusaha gerai makanan yang bebas menyembelih serta menjual daging anjing di Lorong Rambutan, Sibu akhirnya terbongkar selepas suspek berjaya ditahan pihak polis dalam operasi khas semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berusia 54 tahun itu yang juga pemilik premis tersebut ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan menyembelih dan menjual daging anjing.
Turut dirampas ialah dua ketul daging haiwan najis berat mughallazah itu. Menurut beliau, suspek juga mengaku sudah lama terlibat aktif dalam kegiatan tidak bermoral tersebut dan akan direman untuk siasatan lebih lanjut.
Turut serta dalam serbuan kira-kira pukul 2.35 petang itu ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Veterinar Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu. Daging anjing itu ditemui sudah dibersihkan dan disimpan dalam sebuah peti sejuk.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan terdapat satu lagi kes baharu rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal sekali gus menjadikan empat kes berjaya dicatatkan di negeri itu.
Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak di sini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
Demikianlah Artikel Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu
Anda sekarang membaca artikel Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kedai-sembelih-jual-daging-anjing-di.html