Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah

Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah
link : Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah

Baca juga


Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah

PENGENDALI Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yudoff menyifatkan kekalahan kepada Perak adalah pengajaran buat skuad hijau kuning dalam menempuh baki saingan Liga Super.

Kedah Tewas 2-3 ketika skuad yang tempang tanpa lima pemain utama itu turun melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

Nidzam memberitahu, sebagai jurulatih, dia sememangnya kecewa dengan kekalahan berkenaan, namun ia perlu diterima.

“Kesilapan pertahanan telah menghadiahkan kemenangan kepada Perak dan nasib kita yang kurang baik juga membantut usaha pemain untuk menyamakan kedudukan.

“Pemain perlu menyedari kesilapan mereka dalam perlawanan itu dan kembali membaiki segala kekurangan untuk menghadapi perlawanan seterusnya selepas ini.

“Ketiadaan lima tonggak utama memang dirasai, tambah pula apabila Khairul Helmi Johari terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Nidzam yang dinaikan pangkat daripada penolong ketua jurulatih sebelum ini tetap positif terhadap perjuangan pemain sehingga minit terakhir permainan.

“Pemain layak diberi pujian kerana mereka telah melakukan yang terbaik ketika berusaha untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua.

“Usaha mereka dihargai. Tetapi apa yang lebih penting sekarang kita perlu perbaiki segala kekurangan dan tidak mengulanginya.

“Kami akan memberi perhatian untuk perlawanan seterusnya dan akan pastikan tidak lagi tercicir mata untuk mencabar kedudukan terbaik dalam Liga Super,” ujarnya. – mStar Online

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah

Sekianlah artikel Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kekalahan Yang Memberi Pengajaran Buat Kedah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kekalahan-yang-memberi-pengajaran-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :