Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos

Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos
link : Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos

Baca juga


Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos

KOTA KINABALU: Hospital Gleneagles Kota Kinabalu akan menganjurkan kempen 'Jom Scan Kaki', satu program pemeriksaan kesihatan, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang vena varikos, minggu depan.

Kempen dari 15 hingga 22 Julai itu bertujuan mendidik orang ramai serta melibatkan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan tentang kepentingan menilai keadaan vena atau urat bagi mengelak kesan buruk daripada penyakit vena kronik, termasuk pembekakan kaki, perubahan warna kulit dan pengulseran kulit.

Perunding Tetap Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Gleneagles Kota Kinabalu Dr Charles Lee berkata vena varikos dan penyakit vena kronik merupakan penyakit degeneratif sepanjang hayat dan lebih kerap berlaku berikutan peningkatan usia.

Katanya, kejadian vena verikos selalunya merupakan tanda awal mengenai penyakit berkaitan vena dan sebahagian besar masalah berkaitan kesihatan ini boleh dielak dengan menjalani pemeriksaan kaki secara mudah dan kos berkesan melalui penggunaan alat dan pemeriksaan ultrabunyi pada bahagian bawah kaki untuk mengesan simptom dan tanda penyakit vena seperti kejang kaki, ekzema, kesakitan dan urat yang timbul secara hodoh.

"Tahap kesedaran penduduk Sabah tentang vena varikos sangat rendah. Sebab itulah kami mahu mengadakan kempen ini setiap tahun. Adalah sangat penting bagi orang ramai mendapatkan pemeriksaaan apabila mereka mempunyai simptom berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Orang ramai boleh menyertai kempen ini secara percuma dan Hospital Gleneagles Kota Kinabalu juga akan menyediakan khidmat pemeriksaaan ultrabunyi mengenai vena kaki pada hari pertama kempen itu, di samping ceramah kesihatan, bahan dan sumber pendidikan secara percuma berkaitan vena varikos untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai trombosis vena dalam dan e-Trombosis.

Bertemakan 'Happy and Healthy Legs for Life' (Kaki Yang Ceria dan Sihat Sepanjang Hayat), kempen ini akan dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos

Sekianlah artikel Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kempen 'Jom Scan Kaki' untuk tingkatkan kesedaran tentang vena varikos dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kempen-jom-scan-kaki-untuk-tingkatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :