Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower

Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower
link : Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower

Baca juga


Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower

Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan persoalan timbul kepada siapakah penghuni bangunan tinggi di Malaysia akan bergantung harap demi memastikan keselamatan nyawa mereka terjamin. (Gambar: Suria KLCC - Facebook)

Pada 28 Jun lalu, polis London mengesahkan sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dalam tragedi kebakaran di Grenfell Tower di negara tersebut pada 14 Jun lalu.

Kejadian itu turut mengakibatkan beribu-ribu orang dipindahkan dari empat bangunan tinggi di utara London selepas pemeriksaan menemui pelbagai masalah keselamatan berkaitan kebakaran termasuk pintu perlindungan kebakaran rosak.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye mengulas mengenai insiden itu baru-baru ini mengatakan jika kebakaran seperti itu boleh berlaku di negara maju dan mempunyai rekod keselamatan yang baik seperti United Kingdom, sudah tentu keadaan sama juga boleh berlaku di negara membangun seperti Malaysia.
 

RISIKO BANGUNAN DI MALAYSIA

Pandangan sama turut dilemparkan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, memandangkan bangunan pencakar langit bak cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia, tidak sukar membayangkan bencana sama boleh juga berlaku di negara ini. Risiko pada ramai penghuni yang mendiami bangunan yang boleh menjadi perangkap maut seperti mana kejadian di London itu.

Tambahnya, CAP sering menerima aduan daripada penghuni bangunan tinggi dan bangunan pencakar langit yang menambahkan lagi kebimbangan,

Dakwanya, sebahagian besar faktor yang menyumbang kepada bencana flat perumahan awam yang berlaku di utara Kensington, London itu sama dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh penghuni bangunan tinggi di negara ini.

Antara beberapa aduan yang diterima CAP:

  • piawaian keselamatan bangunan tinggi tidak dipenuhi
  • pihak pengurusan tidak mempedulikan penghuni apabila masalah keselamatan dibangkitkan
  • struktur gril menghalang laluan ke anak tangga kecemasan
  • alat pemadam kebakaran dan sistem semburan tidak dibaiki
  • bahan binaan yang digunakan dipercayai bermutu rendah


BUAT PEMERIKSAAN SEGERA

S.M. Mohamed berkata, Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang menerima aduan tersebut menulis surat kepada perbadanan pengurusan tetapi surat-surat itu tidak diendahkan. Sebarang tindakan lanjut COB turut menerima nasib yang sama.

Justeru, beliau mempersoalkan kepada siapakah penghuni bangunan tinggi di Malaysia akan bergantung harap demi memastikan keselamatan nyawa mereka terjamin jika bukan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap properti strata.

"Jadikanlah insiden Grenfell Tower sebagai satu pengajaran, bukan sahaja kepada pemaju dan kontraktor dalam industri binaan kita malah kepada perbadanan pengurusan dan COB di negara kita.

"Janganlah mudah berpuas hati dengan tanggapan bahawa insiden seumpamanya tidak mungkin berlaku," katanya.

Sehubungan itu, CAP menggesa pihak terlibat segera memeriksa bangunan tinggi yang terdapat di negara ini bagi menentukan sama ada ia memenuhi piawaian keselamatan.


BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA 

Berikut antara bangunan tertinggi di Malaysia:

  • Menara Berkembar Petronas KLCC Kuala Lumpur (452 meter)
  • Astaka Padu Apartment, Johor Bahru (340 meter)
  • Menara Telekom (310 meter) 
  • Menara Ilham (275 meter) 
  • Menara Carigali (267 meter) 
  • Menara Maybank (243.5 meter)
  • Menara Vista (238.1 meter)
  • Menara Komtar (232 meter)
  • Menara Felda (216 meter)
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower

Sekianlah artikel Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemungkinan Bangunan Pencakar Langit Di Malaysia Sama Seperti Grenfell Tower dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kemungkinan-bangunan-pencakar-langit-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :