KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB

KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB
link : KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB

Baca juga


KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 25 Julai 2017

Kemungkinan bonanza antara RM30 bilion hingga RM45 bilion untuk 1MDB.

Sebelum ini, ramai yang terkejut bahawa perjanjian RM7.4 bilion Bandar Malaysia dengan konsortium CREC-IWH yang ditandatangani pada hujung tahun 2015 telah dibatalkan.

Kemudian ia dilaporkan bahawa kumpulan Wanda sebaliknya mungkin akan mengambil alih dalam perjanjian bernilai AS$10 bilion (RM43 bilion).

Walau bagaimanapun, Wanda telah menghadapi masalah dengan kerajaan China kerana melanggar kawalan modal negara itu.

Pakatan kemudian memutar belitkan masalah Wanda itu dan mendakwa bahawa kerajaan China tidak lagi mahu mempunyai hubungan dengan Malaysia atau Najib.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Permintaan untuk Cadangan (RFP) untuk Bandar Malaysia di mana hanya 500 syarikat global (500 syarikat terbesar di dunia) layak untuk membuat bidaan.

RFP dilaporkan telah ditutup dan hari ini dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 9 bidaan telah diterima – 2 dari Jepun dan 7 dari China.

Kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah lebih besar daripada Wanda dan beberapa dari mereka juga adalah syarikat milik kerajaan China.

Bidaan yang diterima adalah antara AS$7 bilion (RM30 bilion) dan AS$10.5 bilion (RM45 bilion) – semuanya jauh lebih besar daripada perjanjian RM7.4 bilion yang dibatalkan itu.

Sebelum ini saya pernah menulis bagaimana kerajaan telah menambah nilai ke atas tanah itu dan mengapa tanah dan projek itu kini bernilai lebih banyak berbanding dengan perjanjian awal pada tahun 2015:
http://ift.tt/2q1J3dV

Malah, saiz tawaran RM30 bilion hingga RM45 bilion itu adalah lebih besar daripada andaian saya sebanyak RM26 bilion apabila saya membuat pengiraan yang menunjukkan bahawa 1MDB akan membawa keuntungan secara besar-besaran dan bukannya merugikan:
http://ift.tt/2rfhr2B

Jika berita itu adalah betul, maka keputusan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan bidaan itu akan terbukti betul manakala dakwaan Pakatan bahawa projek Bandar Malaysia bermasalah atau bahawa China tidak lagi mesra dengan kita adalah salah.

Dan jika berita itu adalah benar, maka 1MDB pasti akan mencatat keuntungan besar – bukannya mengalami sebarang potensi kerugian.

Oleh itu, generasi akan datang akan mendapat keuntungan dan bukannya dibebankan oleh 1MDB, seperti yang selalu didakwa oleh Pakatan.


Demikianlah Artikel KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB

Sekianlah artikel KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEMUNGKINAN BONANZA ANTARA RM30 BILION HINGGA RM45 BILION UNTUK 1MDB dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kemungkinan-bonanza-antara-rm30-bilion.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :