KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH....

KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH.... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH....
link : KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH....

Baca juga


KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH....

UMNO Bahagian Kimanis mempersoal tindakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang baru-baru ini kerap datang ke daerah itu untuk merayu undi sedangkan beliau selama ini tidak pernah membantu rakyat di situ ketika masih memegang jawatan dalam Kabinet.

Ketuanya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, semasa Mohd. Shafie memegang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau tidak pernah meluluskan peruntukan yang diminta oleh rakyat di situ walaupun telah beberapa kali dipohon terutama dalam soal pembangunan infrastruktur.

Sehubungan itu katanya, Mohd. Shafie sepatutnya berasa malu dengan tindakannya yang hanya datang merayu sokongan ketika mahukan kuasa, namun semasa masih berkuasa beliau langsung tidak ambil peduli tentang kebajikan rakyat.

“Kenapa sekarang baru datang? Dia tidak pernah datang ke Kimanis selama jadi menteri walaupun ada kawasan tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air bersih dan tiada jalan raya.

“Tetapi sekarang beliau sudah tiga kali datang sini, bila sudah tiada kuasa baru datang dan berjanji beri kemudahan kepada rakyat Kimanis.

“Saya sendiri pernah pergi pejabatnya untuk minta peruntukan RM50 juta bantu rakyat, tunggu sampai lebih dua jam, saya cakap jumpa lima minit sudah cukup untuk terangkan tetapi pegawai dia cakap bagi kertas kerja sahaja, selepas bagi saya tunggu berbulan-bulan dia tidak pernah bantu walaupun satu sen,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kimanis di sini malam ini.

Anifah berkata, rakyat sepatutnya menolak pemimpin seperti itu yang hanya mempunyai kepentingan politik sehingga cuba mempermainkan maruah mereka.

“Kenapa selama ini begitu rendahkah (taraf) Wanita, Pemuda dan Puteri di sini sehingga kita boleh ditipu hidup-hidup seperti tidak ada maruah,” tegas beliau.

Sementara itu, dalam ucapannya Anifah mengingatkan para Pemuda agar tidak menjadi gunting dalam lipatan yang akhirnya boleh membawa kerosakan kepada parti.

Menurutnya, ini berikutan beberapa laporan yang diterima sebelum ini mendapati ada beberapa pemimpin Pemuda yang memakai baju Barisan Nasional (BN) tetapi sibuk berkempen untuk parti lawan.

“Tetapi apabila BN menang, mereka datang salam cium tangan pemimpin seperti sudah bertungkus lumus membantu calon untuk menang.

“Jangan menderhaka kepada parti, jangan jadi gunting dalam lipatan tetapi berjuanglah untuk parti,” tambahnya.

Utusan


Demikianlah Artikel KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH....

Sekianlah artikel KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KENAPA BILA TIADA KUASA BARU MOHD. SHAFIE DATANG KIMANIS?INI WAYANG LAH.... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kenapa-bila-tiada-kuasa-baru-mohd.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :