Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan.

Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan.
link : Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan.

Baca juga


Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan.


Manusia dikatakan boleh hidup tanpa makanan lebih dari tiga minggu. Macam mana dengan air? Seminggu adalah tempoh maksimun manusia boleh hidup tanpa setitik air minuman. Badan manusia 60% terdiri daripada air, dan kita kehilangan air sekitar 3 ke 4 liter semasa berpeluh, buang air, dan bernafas. Kekal hidrat adalah sangat penting untuk kita, terutama dalam keadaan cuaca panas.
Tidak semua orang suka membeli botol atau bekas minuman dan membawa bekalan minuman air kosong ke tempat kerja atau semasa aktiviti harian. Kebanyakannya akan membeli air minuman atau air mineral di dalam botol, kemudian suka menggunakannya semula dengan mengisi semula air kosong di dalamnya. Ia memang menjimatkan duit, tetapi sebenarnya dari satu sudut ia agak tidak bagus untuk kesihatan.
Terdapat satu kajian yang dijalankan terhadap botol minuman atlet telah menunjukkan botol-botol yang diguna semula mengandungi bakteria yang hidup dalam kelembapan. Dalam kajian ini, sampel cecair dari 12 penutup botol air minuman yang digunasemula oleh atlet telah diambil dan dihantar ke makmal untuk analisis.

Keputusannya?
Pengkaji menjumpai sel bakteria yang banyak bersarang pada botol-botol itu,  "lebih dari 300,000 unit-koloni-terhasil per sentimeter persegi (colony-forming units per square centimeter) (CFU/sq cm)"


Botol mana yang paling teruk?
Keputusannya bergantung kepada jenis botol yang dipakai.
1. Botol slaid atas (Slide Top) - dihuni oleh 900,000 CFU/sq cm
2. Botol picit ke atas (squeeze-top) - dihuni oleh 162,000 CFU/sq cm.
3. Botol skrew atas (Screw-top container) - dihuni oleh kurang 160,000 CFU/sq cm.
Jenis bakteria? Tidak pula dinyatakan.
Cara penggunaan botol setiap hari? Juga tidak dinyatakan oleh kajian ini.
Apa botol yang terbaik?
Botol berstraw dikatakan paling bersih, hanya mengandungi 25 CFU/sq cm bakteria. 

Apa-apapun, kajian ini dijalankan pada botol minuman yang diguna semula tanpa mengetahui cara pengguna menjaganya. Oleh itu, seeloknya sebarang botol yang digunakan hendaklah dijaga kebersihannya dan botol yang digunakan tidak dibiarkan lama tanpa dibersihkan.

sumber: mirrordotcodotuk
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan.

Sekianlah artikel Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Menggunasemula Botol Minuman Dikatakan Tidak Bagus Untuk Kesihatan. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kenapa-menggunasemula-botol-minuman_9.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :