Kenapa Pilih Suami Orang

Kenapa Pilih Suami Orang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Pilih Suami Orang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Pilih Suami Orang
link : Kenapa Pilih Suami Orang

Baca juga


Kenapa Pilih Suami Orang

Kenapa Pilih Suami Orang

Salam . Jika disiarkan tulisan ini, aku harap dapat manfaat pada ramai orang. Sila baca dengan tenang dan perlahan. Hehe

Aku Amani bukan student uia.
Umur awal 20a dan masih belajar.

Saje nak sentuh satu isu ni. (Sebab semalam aku tengok ramai friend di fb aku dok perkatakan tentang seorang niqabis yang nak cari calon madu untuknya) tiada maksud nak ulas dan komen pasal status dia tu. Cuma sekadar nasihat dan pemerhatianku pasal poligami .

Ok, sebenanrya pasal poligami ni antara isu yang panas (aku rasa la) sebab setiap orang ada pandangannya sendiri.

Kalau aku nak cerita pasal suka duka poligami ni sampai tahun depan pun tak habis rasanya . Kehidupan aku memang dikelilingi dengan hidup poligami . walaupun aku tak melaluinya sendiri tapi sikit sebanyak aku boleh ambil iktibar dan pengajaran.

Sebagai perempuan, hati memang kena selalu kuat dan tabah. Hidup memang kena banyak bergantung harap pada Tuhan. Bahagia bukan kerana ada segalanya. Tp bahagia bila kita mampu redha dengan apa adanya.

Berbalik pasal isu tadi. Bila dah jd seorang isteri, memang kita perlu sayang dan cinta pasangan kita . Tapi jgn letak cinta pada dia 100% dan tdk akan berbelah bagi. Perlu Sandarkan cinta itu kerana Allah. Sayang sekadar dihujung kuku. Bila panjang akan dipotong. Tp cinta itu selalu ada.
Kita perlu Belajar cintai makhluk tidak melebihi cinta pada Allah. Mungkin hati kita tidak terlalu sakit bila diduakan. InshaAllah.

Aku ada pernah dengar dalam satu ceramah . Ustaz tu kata Allah cemburu bila seorang hamba mencintai makhluk lebih dari cinta kepada Dia, jadi Allah akan menguji seorang hamba tu dengan kehilangan/berubah hati orang yang dia cintai
Allah uji disini untuk kita kembali sandar harap dan cinta pada Allah.

Tapi ada jugak sesetengah isteri yang tidak kisah dimadukan bahkan tolong cari calon isteri untuk suami. Sedikit sebanyak aku memang kagum jgk dgn org mcm ni. Pernah berlaku dlm kalangan org yg terdekat dgn aku, isteri pertama yang pergi melamar isteri kedua . Kita nampak macam tak ada masalah. Tapi kita tdk tahu kisah disebalik itu. Hanya Allah yang tahu. Bukan senang hidup berpoligami. Mulut kata redha tapi hati susah nak terima.

Bagi orang2 lelaki.
Apa alasan kalian sebenarnya untuk pilih poligami?

-Kerana sunnah nabi?

Memang tdk dinafikan ia sebahagian dari sunnah2 nabi. Tp adakah sunnah2 yang lain kalian amalkan juga?

-Kerana kesian perempuan di akhir zaman ramai dan nak membela nasib2 kami?

Ya memang perempuan2 diakhir zaman ramai tapi
Jika betul ingin mengikut sunnah nabi poligami, carilah ibu2 tunggal dan janda2 . Baru betul konsep nak membela nasib2 perempuan.

-Kerana nak anak2 ramai dan nabi akan bangga dengan ramainya ummat ?

Cuba cek, adakah anak2 yang kalian ada sekarang sudah dididik dengan akhlak2 yang baik yg boleh membanggakan nabi?

-Kerana kalian kaya dan rasa mampu?

Mampu tidak dikira dari segi zahir sahaja . Yang perlu dikira hakikatnya, ilmu, agama dan akhlak perlu diajar dan dididik . Kerana itu yang akan disoal Allah selain nafkah zahir.

-Banyak masalah dengan isteri?

Kalaulah dengan seorang isteri sekarang ni pun kalian rasa mcm banyak masalah ketahuilah dgn poligami itu 10x ganda lagi masalah yang bakal muncul.

-Kerana rasa tiada masalah?

kalaulah dengan seorang isteri sekarang ni kalian rasa tiada apa-apa masalah tolong jangan nak cari masalah dan tempah derita.

Ingatlah, kalau kalian tidak berlaku adil sesama isteri, kalian akan bangun di padang mahsyar dengan keadaan bahu berat sebelah . Itu lah yang pernah aku dengar dalam ceramah, jika seorang suami tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Wallahu alam.

Aku tak anti poligami dan tak jugak galakkan . Bila Allah telah takdirkan kita bermadu, anggaplah ia sebagai ujian dari Allah . Bila ujian mesti ada hikmahnya kan? So cari lah hikmah itu di sebalik sujud sepertiga malam . Semoga ada bahagia untuk kita .

Salam aidil-fitri

jika rasa tulisan ini manfaat sila share dan Komen2 yang positif amat2 dialukan .

-AMANI

Amani

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kenapa Pilih Suami Orang

Sekianlah artikel Kenapa Pilih Suami Orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Pilih Suami Orang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kenapa-pilih-suami-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :