Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas!

Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas!
link : Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas!

Baca juga


Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas!

loading…
loading…
Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas!

Golongan suami mungkin tidak akan tunduk kepada isteri dalam banyak hal, tetapi tidak dengan ‘harta’ isteri mereka yang satu ini!
Rupa-rupanya mereka yang bergelar suami cukup berdebar apabila menerima bekal yang diisi dalam bekas jenama Tupperware, seolah-olah mereka telah diberi satu amanat besar oleh si isteri untuk menjaga ‘harta’ kesayangannya pada hari tersebut.
Hakikat ini dapat dilihat dalam satu posting di Facebook yang dimuat naik oleh Khairul Hakimin Muhammad pada Selasa dan menjadi tular dengan mendapat hampir 2,000 perkongsian dan mencecah 800 komen.
Khairul Hakimin telah menulis: “Debarnyalah aku orang rumah aku kasi bekal dalam bekas jenama ini. Marilah kita sama-sama doakan supaya bekas ini tak tertinggal dekat office hari ini. Huhu”.
Turut dimuat naik adalah sekeping gambar bekas makanan jenama tersebut yang berwarna ungu.

                              

Ketika dihubungi mStar Online, Khairul Hakimin berkata walaupun menulis buku ‘Rahsia Bapa Viral Kebangsaan’, status itu ditulis beliau dengan tujuan suka-suka tanpa merancang sebarang strategi untuk menjadikan ia tular.
“Jujurnya saya terkejut sangat masa buka plastik bungkusan tu sebab saya banyak kali pesan, ‘letak dalam bekas biasa please’…tak larat dapat soalan kalau tertinggal.
“Soalannya macam polis pencen. Kenapa tinggal? Tinggal dekat mana? Ke ada dalam kereta? Dekat pantry ke dekat meja? Kalau hilang?,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Khairul Hakimin, beliau pernah diberi ‘tanggungjawab’ yang sama oleh isterinya, Nurul Huda Ab Wahab, 35, pada tahun lepas, tetapi terhenti seketika sehinggalah beliau diberi bekal nasi goreng ayam yang diletakkan dalam bekas tersebut pada Selasa.
“Pernah dulu tertinggal di ofis dan isteri akan tanya setiap hari.
“Kemudiannya dia belikan botol air. Setiap hari dia nak saya bawa balik sedangkan saya memang rancang nak tinggalkan di ofis sebab ada water dispenser. Jadi terpaksa bawa balik juga setiap hari sebab dia tanya hari- hari,” katanya.
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, isterinya hanya tersenyum sahaja apabila postingnya tular dan ramai kaum isteri yang seolah-olah bersetuju dengannya dengan bertindak ‘tag’ suami masing-masing.
“Dia kata bacalah komen untuk tahu isi hati dia.
“Memang betul, ramai orang komen bukan main sayang dengan jenama tu,” katanya.
Selepas posting tersebut tular, beliau telah membuat posting kedua mengenai empat lagi bekal kiriman si isteri pada Rabu yang turut menjadi bualan netizen.
“Dalam tu ada nasi, kari ayam, sayur campur dan sambal tempe. Dia gembira sangat jadi viral agaknya, siap kasi empat bekas,” katanya.

Khairul Hakimin berkata beliau cuba membaca satu persatu komen dan cadangan yang diberikan oleh netizen untuk mengelakkan daripada lupa membawa balik koleksi bekas simpanan makanan kesayangan isterinya itu.
Katanya, untuk mengelak daripada terlupa, beliau sentiasa ingat pesanan isterinya.
“Dia pesan siap-siap, lepas makan, jangan basuh. Terus ‘pack’ semula dan bawa balik,” katanya.
Bagaimanapun, ada satu komen yang benar-benar membuatkan beliau tertarik.
“Ada komen kata ‘hanya suami sejati sahaja berani bawa Tupperware’. Itu ‘power’,” katanya.
Bercerita lanjut, Khairul Hakimin berkata beliau amat menyokong suami-suami di luar sana membawa bekal ke pejabat.
Malah, beliau turut melihat tanggungjawab yang diberikan oleh isteri untuk menjaga ‘harta’nya itu dari sudut positif.
“Ia beri banyak pahala kepada suami dan isteri. Isteri bagi bekal, suami bawa balik bekas,” katanya.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas! appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas!

Sekianlah artikel Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerana Tupperware….Abang, Jangan Lupa Bawa Balik Bekas! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kerana-tupperwareabang-jangan-lupa-bawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :