link : Kerjaan Pelbagai Parti Masih Yang Terbaik Bagi Sabah
Kerjaan Pelbagai Parti Masih Yang Terbaik Bagi Sabah
KOTA KINABALU – Kerajaan negeri yang terdiri daripada gabungan pelbagai parti masih dianggap sistem terbaik untuk mentadbir negeri bersifat pelbagai kaum seperti Sabah, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkil hari ini.
Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata sistem satu parti, walaupun mempunyai anggota terdiri daripada pelbagai budaya dan kepercayaan, tidak dapat berfungsi dengan baik kerana ia akan hanya mentadbir kerajaan mengikut ideologi yang menjadi pegangannya.
“Kita (rakyat) bersifat pelbagai kaum di sini (di Sabah) yang tidak boleh diwakili oleh sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum sahaja.
“Rangka kerja paling baik tetap Barisan Nasional, di mana setiap orang diwakili (dalam kerajaan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PBS di sini.
Ongkili berkata demikian apabila diminta mengulas hasrat Parti Warisan Sabah untuk melaksanakan kerajaan satu parti sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang bagi menghapuskan perebutan kuasa dalam kalangan anggota parti gabungan yang membentuk kerajaan.
“Suruh mereka (Parti Warisan Sabah) menang pilihan raya dulu,” kata beliau. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Kerjaan Pelbagai Parti Masih Yang Terbaik Bagi Sabah
Anda sekarang membaca artikel Kerjaan Pelbagai Parti Masih Yang Terbaik Bagi Sabah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kerjaan-pelbagai-parti-masih-yang.html