Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi

Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi
link : Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi

Baca juga


Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi

SEREMBAN: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kertas cadangan bagi menjadikan aspek alam sekitar sebahagian sukatan pelajaran sekolah sedang disediakan dan dijangka siap hujung tahun ini.

"Buat masa ini belum dapat dipastikan lagi sama ada subjek ini akan dimasukkan bawah subjek sains atau sosial kerana ia mengandungi kedua-dua elemen tersebut.

"Setakat ini, persetujuan di peringkat kedua-dua kementerian sudah di peringkat jawatankuasa teknikal dan jika kertas cadangan dapat disiapkan hujung tahun ini, perkara tersebut dapat dibentangkan di parlimen tahun depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pemeliharaan Alam Sekitar dan Inovasi (EPIC) di Pusat Kualiti Alam, dekat sini pada Isnin.

Wan Junaidi berkata silibus berkenaan alam sekitar penting sebagai pendidikan awal dalam membentuk masyarakat Malaysia terutamanya generasi baharu akan kepentingan mencintai, menjaga dan memulihara alam sekitar," katanya.

Terdahulu semasa berucap, Wan Junaidi berkata EPIC, pusat kecemerlangan pengurusan sisa Malaysia, menyasarkan untuk menjadi pusat kecemerlangan negara bagi membangunkan pengetahuan dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk spektrum lengkap persekitaran lestari dan tenaga diperbaharui.

"EPIC akan mengadakan latihan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang berkaitan sisa buangan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga rantau Asia," katanya.

Terletak di atas tapak seluas 2.185 hektar di Cenviro Eco Park, EPIC diasaskan atas empat tonggak pembangunan merangkumi pembangunan positif modal insan, inovasi dan teknologi maju, ekonomi hijau serta kesedaran alam sekitar dan tanggungjawab sosial.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi

Sekianlah artikel Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kertas cadangan alam sekitar subjek di sekolah sedang disediakan - Wan Junaidi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kertas-cadangan-alam-sekitar-subjek-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :