Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan

Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan
link : Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan

Baca juga


Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan


Betik antara buah tempatan yang mudah untuk ditanam dan didapati. Malah harganya yang tidak terlalu mahal menjadikan betik antara pilihan pencuci mulut.

Sebenarnya betik ataupun nama saintifiknya adalah Carica Papaya yang berasal dari benua Amerika. Betik mengandungi tinggi serat,asid folik, potassium dan Vitamin A dan C. Sebab itu, kita digalakkan makan betik sebagai pencuci mulut snek.


1. Sebagai Tonik Tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan pelbagai penyakit pada perut dan menghadamkan makanan.

2. Penawar Sembelit dan Buasir
Ambil betik sebagai penawar sembelit dan buasir. Kelebihan buah betik dengan mengamalkan makan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman. Memakan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

3. Mencegah Batu Karang
Makan buah betik adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem pundi kencing. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita daripada masalah batu karang.

4. Kaya Dengan Vitamin C
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.


5. Kaya Dengan Vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium.

6. Kurangkan berat badan
Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

7. Dijadikan Ulam-Ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin yang terdapat pada badan.


8. Membantu peredaran haid yang teratur
Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur. malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan

Sekianlah artikel Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketahui 8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik Untuk Kesihatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ketahui-8-khasiat-dan-kelebihan-buah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :