Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM

Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM
link : Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM

Baca juga


Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM

POLIS menafikan tidak mengambil tindakan berhubung aduan pemilik kereta yang dikatakan gagal menuntut semula kenderaan dipajak kepada sebuah syarikat di Kajang, Selangor, seperti didakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana setiap laporan diterima akan melalui proses siasatan yang adil dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Tuduhan (PPIM) mengatakan polis tidak siasat dan tidak ambil peduli laporan adalah tidak benar sama sekali.

“Ini adalah kerana setiap negara mempunyai undang-undang dan semua lapisan masyarakat tidak kira badan bukan kerajaan (NGO) mahu pun polis sendiri perlu mematuhinya,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Katanya, bila terdapat laporan polis yang dibuat, polis akan menjalankan siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan, sebelum memajukan siasatan kepada pejabat Peguam Negara bagi mengklasfikasikan keputusan seterusnya.

“Kita mesti siasat betulkah seperti mana dalam laporan, apa kesalahan mereka kena siasat. Ini kerana banyak perjanjian di antara orang yang menyewakan kereta mereka dengan syarikat itu, jadi kita kena kaji semua,” katanya.

Pada masa sama, Khalid turut menyelar PPIM yang mengambil tindakan sendiri dengan menceroboh syarikat berkenaan tanpa merujuk kepada polis.

Katanya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia di luar bidang kuasa mereka dan polis akan menjalankan siasatan ke atas NGO itu.

“Kita tidak boleh buat macam samseng, serbu sebarang tempat tanpa alasan.

“Kita juga ada terima laporan terhadap mereka dan kita akan siasat tindakan mereka itu yang tidak mengikut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, seramai kira-kira 30 pemilik kereta bersama beberapa aktivis PPIM memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat berkenaan dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.

Susulan insiden itu, seorang pegawai syarikat terbabit membuat satu laporan polis pada hari sama.

Polis daerah Serdang dan Kajang turut menjalankan siasatan ke atas syarikat terbabit susulan 45 laporan yang diterima daripada pemilik kereta yang mendakwa ditipu sebelum ini. -MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM

Sekianlah artikel Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ketua-polis-negara-nafi-dakwaan-ppim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :