link : Ketupat Palas, Menu Wajib Maria Tunku Sabri
Ketupat Palas, Menu Wajib Maria Tunku Sabri
Kalau anda penonton setia TV3, wajah wanita ini tentunya bukan lagi asing. Maria Tunku Sabri sememangnya terkenal dengan skil pengacaraan yang hebat di samping petah berkata-kata.
Kalau sudah namanya orang utara, menu wajib bagi Maria setiap kali tibanya Aidilfitri adalah Ketupat Pulut ataupun Ketupat Palas.
Untuk Maria, setiap kali raya, juadah kegemarannya itu akan disediakan dalam tiga jenis iaitu, Ketupat Pasla Kosong, Ketupat Palas dengan jagung dan juga kacang. Menu ini akan dimakan dengan bersama Rendang Daging.
Disebabkan penyediaan Ketupat Palas yang rumit, Maria menempahnya daripada ibu saudaranya yang menetap di Kedah.
Setiap tahun, ibu saudaranya akan mengirim Ketupat Palas ke Kuala Lumpur. Selain ketupat juga rendang, satu lagi menu kegemarannya yang tidak lepas setiap kali menjelang Aidilfitri adalah Laksa.
“Selalunya, pada hari raya pertama kami sedikan ketupat dan rendang. Jadi lebih kepada hidangan ringan sebegitu. Menjelang hari raya kedua, keluarga saya akan memasak laksa, jadi lebih berat sedikit dan sesuai dihidangkan untuk tetamu yang hadir,” jelasnya.
Kalau juadah kegemaran Maria adalah Ketupat Palas serta rendang, lain pula ceritanya dengan suami dan anak-anaknya.
“Suami saya, dia gemarkan Masak Lodeh dan yang paling penting, perlu ada nasi. Jadi kalau apa pun yang berlaku, dia akan mencari nasi. Untuk anak-anak pula, mereka lebih gemarkan makanan barat dan anak lelaki saya, sama seperti ayahnya, penggemar nasi,” katanya lagi.
Ditanya mengenai pengalaman manisnya memasak sepmena Aidilfitri, Maria akui, dia merindu saat-saat ketika bersama arwah ibunya.
“Ketika arwah ibu masih ada, dia jenis yang suka mencuba pelbagai jenis juadah tidak kiralah yang tradisional, mahupun menu barat.
“Tugas saya ketika itu, menjadi tukang rasa. Ibu memanggil saya untuk merasa hidangan yang telah dia sediakan,” cerita Maria mengimbau kenangan lalu.
The post Ketupat Palas, Menu Wajib Maria Tunku Sabri appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ketupat Palas, Menu Wajib Maria Tunku Sabri
Anda sekarang membaca artikel Ketupat Palas, Menu Wajib Maria Tunku Sabri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ketupat-palas-menu-wajib-maria-tunku.html