Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser

Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser
link : Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser

Baca juga


Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser

ketupat_plastik0107.jpg
Nasi himpit dalam bungkusan plastik boleh mengundang barah dan gangguan hormon jika diambil secara kerap. Foto ihsan Facebook/Rosnane Hanapiah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan bahawa ketupat segera yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya Aidilfitri boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser lapor Utusan Malaysia.

CAP mendakwa, beg plastik yang memiliki bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk ketupat segera itu direbus selama sejam merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kajian oleh Institut Sains dan Teknologi Bahan Princeton di Amerika Syarikat pada Ogos lalu mendapati VOC daripada paip HDPE merembes ke dalam alam sekitar dan mencemarkan sumber air.

impit.jpg

Bagi ketupat dalam plastik, jumlah yang dirembeskan lebih banyak kerana ia dibiarkan terendam dalam air mendidih selama sejam dan secara langsung VOC telah terserap masuk ke dalam nasi.

Sehubungan itu, CAP mendesak Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan HDPE sebagai pembungkus makanan kerana Peraturan Makanan 1985 membenarkan penggunaan bahan itu, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat CAP di sini hari ini. Hadir sama ialah pegawai penyelidik pertubuhan itu, Hatijah Hashim.

Ketupat segera kini menjadi pilihan sebahagian besar rakyat negara ini kerana ia mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk memasak berbanding ketupat tradisional.

Terdapat beberapa jenama bahan makanan itu di pasaran dan permintaannya bertambah setiap kali menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Mohamed Idris menjelaskan, VOC sebenarnya adalah bahan beracun yang dikenal pasti sebagai sebatian yang mengganggu hormon, penyebab kanser dan bahan kimia endoktrin yang berupaya merendahkan jumlah sperma hingga ke tahap kemandulan.

Katanya, kehadiran VOC juga dikaitkan dengan peningkatan risiko asma di kalangan kanak- kanak dan pesakit kanser payu dara.

Jelasnya, pendedahan kepada kepekatan yang rendah sekali pun bahagian persejuta (bps), VOC diketahui meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

Penggunaan bahan-bahan HDPE ketika ini tidak terbatas kepada ketupat segera sahaja tetapi digunakan oleh penjaja untuk mengisi makanan dan minuman panas secara meluas, ujarnya.

-Pen Merah Press

Sumber: penmerahpress

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser

Sekianlah artikel Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Akibatkan Kanser dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ketupat-segera-dalam-plastik-boleh_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :