"KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP"

"KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP" - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP"
link : "KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP"

Baca juga


"KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP"

PEMIMPIN dan veteran DAP saban hari keluar parti akibat kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAP.

Baru-baru ini lebih 700 ahli DAP membuat aduan kepada pihak Pendaftar Persatuan (RoS) kerana didakwa mereka dinafikan hak sebagai ahli menyertai mesyuarat perwakilan bagi memilih ahli jawatankuasa tertinggi parti.

Malah kepimpinan DAP didakwa memanipulasikan proses perkiraan kertas undi bagi menjamin kemenangan pihak tertentu.

Walaupun DAP mengadakan pemilihan CEC kedua, sebahagian besar ahli DAP, hampir 865 cawangan diseluruh negara, tidak menerima keputusan pemilihan tersebut. Lebih-lebih lagi menurut laporan media, pihak RoS pun masih belum dilaporkan terhadap keputusan pemilihan kedua.

Baru-baru ini satu memorandum disediakan oleh para akademik daripada lebih 21 universiti tempatan mendesak RoS memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan kerana DAP berlaku pertentangan dengan syarat 2A (1) Akta Pertubuhan.

Kepimpinan parti DAP didapati melarang ahli parti amalkan tanggungjawab dan hak mereka sebagai ahli parti. Kepimpinan parti juga didakwa membelakangkan idealism dan nilai-nilai demokrasi dalam parti tetapi lebih menerapkan dasar kuku besi atau hegomani dalam menjamin dinasti Lim terus menguasai DAP.

Mereka turut mendakwa bahawa pihak kepimpinan DAP tidak peduli tentang ketidakpuasan sebahagian besar ahli DAP yang masih mempertikaikan kesahihan lantikan CEC. Jadi, mereka mendakwa istilah demokrasi hanya tinggal sebagai hiasan atas nama parti sahaja.

Dengan episod ahli DAP semakin hari semakin ramai keluar parti, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan aktivis politik, termasuk apakah pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi (CEC) termasuk lantikan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP sah dari sisi undang-undang parti dan RoS, apakah DAP mampu mempertahankan jumlah kerusi parlimen yang ditawan dalam PRU13 malah berpotensi menubuhkan kerajaan Persekutuan selepas PRU14 seperti diheboh-hebohkan dalam media sosial?

Rekod keputusan pilihan raya umum menunjukkan DAP hanya menang 9 kerusi daripada sejumlah 104 kerusi pada kali pertama DAP bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1964 (PRU2). Namun, jumlah kerusi yang dimenangi DAP naik dan turun pada setiap kali pilihan raya umum diadakan.

DAP memenangi 28 kerusi pada PRU12 dan 38 kerusi pada PRU13. Kerusi DAP di Parlimen meningkat secara mendadak, dua kali ganda, disebabkan oleh faktor kerjasama politik DAP dengan Pakatan Pembangkang (Pakatan Rakyat) yang disertai PAS.

Ini jelas menunjukkan sokongan ahli PAS kepada calon DAP adalah faktor utama menyumbang kepada peningkatan jumlah kerusi DAP di Parlimen.

Jadi, dengan terputusnya kerjasama politik atau tahaluf siyasi antara DAP dengan PAS, maka DAP dijangka akan kehilangan undi ahli parti PAS yang menjadi punca kepada kemenangan besar DAP.

Memandangkan DAP masih menentang keras usaha PAS untuk memartabatkan Syiar Islam dan mahkamah Syariah, maka DAP dijangka akan hilang sokongan sebahagian besar pengundi Melayu yang sealiran dengan perjuangan PAS dalam meningkatkan status Islam di Malaysia.

DAP juga dijangka akan hilang sokongan sebahagian besar penyokong setia Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka kurang puas hati dengan keputusan DAP menyertai Parti Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun M.

Sebahagian besar pengundi Melayu dan India di Pulau Pinang dijangka akan menolak DAP dalam PRU14 kerana mereka tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan Negeri diterajui Lim Guan Eng yang didakwa gagal mengurus permasalahan sosio-ekonomi terutamanya kaum Bumiputera.

Kehilangan sokongan pengundi Melayu dan India terhadap DAP mendorong penganalisis politik membayangkan bahawa DAP akan hilang kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang pada PRU14.

Memandangkan dakwaan SPRM terhadap Lim Guan Eng melibatkan rasuah dan salah guna kuasa masih menghantui pemikiran penyokong DAP, maka DAP cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kekalutan yang dilanda DAP kepada saman DOJ yang mengaitkan 1MDB.

DAP bimbang sekiranya perhatian rakyat terus fokus kepada kelemahan DAP, maka DAP akan hilang sokongan rakyat malah dijangka akan dilanda malapetaka dalam PRU14. 


Demikianlah Artikel "KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP"

Sekianlah artikel "KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "KEUNGGULAN DEMOKRASI MATI LEMAS DALAM DAP" dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/keunggulan-demokrasi-mati-lemas-dalam_9.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :