Khairi terus dalami seni tarian

Khairi terus dalami seni tarian - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairi terus dalami seni tarian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairi terus dalami seni tarian
link : Khairi terus dalami seni tarian

Baca juga


Khairi terus dalami seni tarian

ASALNYA, minat Mohammad Khairi Mokhtar bukanlah dalam bidang seni tari sebaliknya lebih kepada bidang muzik (percussion).

Bahkan, anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan ini tidak pernah terfikir untuk menjadikan bidang seni tari sebagai pilihan kerjaya.

“Saya mula menceburi bidang tari secara suka-suka pada usia 14 tahun.

“Pada ketika itu, saya mula didedahkan dengan beberapa tarian tradisional Melayu seperti tarian Inang, Joget dan Zapin untuk persembahan berskala besar dan kecil,” katanya pada Media Hiburan.

Berbekalkan minat yang semakin mendalam, Mohammad Khairi atau selesa dipanggil sebagai Khairi nekad menyertai Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Negeri Sembilan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2006.

“Saya berpeluang mengenali bidang seni tari dengan lebih mendalam walaupun hanya berkhidmat selama enam bulan,” katanya.

Anak muda berusia 27 tahun ini mengambil keputusan melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan ditawarkan biasiswa penuh oleh Korea National University of Arts.

“Saya sangat teruja ketika menerima tawaran daripada Aswara kerana saya mahu belajar lebih mendalam mengenai semua jenis tarian dan tekniknya.

“Saya nekad untuk melangkah jauh dalam bidang ini dan berkata pada diri sendiri inilah perjalanan hidup saya,” katanya.

Pilih tarian klasik India

Meletakkan impian untuk bergelar penari profesional dan koreografer, Khairi memilih untuk mempelajari seni tari klasik India khususnya Bharatanatyam.

Ketika ditanya mengapa memilih tarian India, Khairi ternyata mempunyai alasannya yang tersendiri.

“Tarian ini sangat istimewa malah saya boleh belajar seni dan budaya kaum lain, apatah lagi negara kita mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

“Bagi saya, ini satu kelainan kerana wujud kaum Cina dan India yang pandai menari tarian Melayu asli dan ia menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Mengakui bukan mudah menguasai seni tari yang berasal dari Tamil Nadu, India itu, penari di Inner Space Dance Company ini juga hampir berputus asa.

“Saya pilih tarian ini kerana ia unik daripada segi pergerakan fizikal, ekspresi wajah, irama dan lagunya.

“Secara tidak langsung, ia memberi cabaran kepada saya kerana bukan mudah untuk melakukannya.

“Pada masa sama, saya juga sedang sibuk dengan pelbagai tugas hakiki selain giat menyertai bengkel dan persembahan di dalam dan luar negara,” katanya.

Hasil usaha dan penat lelahnya, Khairi juga sudah beraksi banyak kali di peringkat antarabangsa antaranya terpilih menyertai Shobana Jeyasingh Dance Company di London untuk Classic Cut Tour yang bermula pada 2012 hingga 2013.

“Shobana Jeyasingh Dance Company yang beroperasi di London merupakan agensi yang begitu dikenali dan dihormati serta gah namanya dalam kalangan peminat seni tari di seluruh dunia.

“Saya seperti tidak percaya yang saya boleh menjejaki negara Eropah kerana bidang seni tari.

“Saya mendapat inspirasi dan berpeluang mempelajari banyak perkara walaupun saya tidak fasih berbahasa Inggeris pada ketika itu,” katanya.

Lebih membanggakan, Khairi merupakan Top 6 pelajar Melayu Islam yang berjaya menamatkan pengajian Bharatanatyam hingga ke peringkat Arangetram.

Buka akademi tari

Berhasrat melihat tari kontemporari lebih diterima di Malaysia tanpa prejudis, Khairi berkata cita-cita itu di dorong hasil daripada pengalamannya ketika di London.

“Masyarakat di sana begitu menghormati bidang seni ini dan ia diletakkan pada tempat yang tinggi.

“Contohnya, setiap kali selesai persembahan, penonton akan bertepuk tanpa henti dan berdiri sehinggalah seseorang artis (performer) itu keluar dari pentas,” katanya yang menjadikan Ketua Pengajian Akademik dan Kontekstual, Akademi Seni Persembahan, Hong Kong, Dr Joseph Victor Gonzales sebagai idola.

Pada masa sama, Khairi juga  mengimpikan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam tari klasik India – Bharatanatyam dengan generasi muda yang berminat.

“Bharatanatyam yang menggabungkan tari, muzik dan lakon mampu mendisiplinkan diri, mengasah bakat dan minda, menguatkan emosi dan ekspresi serta mengukuhkan psikologi dalam setiap aspek kehidupan.

“Saya juga bercita-cita mahu menjadi pensyarah tari selain menyimpan impian untuk membuka akademi seni tari sendiri untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan dengan generasi pewaris, pada masa hadapan.

“Saya percaya, setiap matlamat yang dipandang mustahil itu boleh dicapai sekiranya kita beriltizam dan tidak pernah putus asa,” katanya.

The post Khairi terus dalami seni tarian appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Khairi terus dalami seni tarian

Sekianlah artikel Khairi terus dalami seni tarian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairi terus dalami seni tarian dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/khairi-terus-dalami-seni-tarian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :