link : KIDS Anjur ‘Riang Ria Raya’ Untuk Anak-Anak Hidap Kanser
KIDS Anjur ‘Riang Ria Raya’ Untuk Anak-Anak Hidap Kanser
KUALA LUMPUR – Seramai 150 kanak-kanak yang berdaftar di bawah Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS) dan keluarga mereka menghadiri ‘Riang Ria Raya’ untuk kanak-kanak penghidap kanser di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Presidennya Hamidah Tajudin berkata acara itu yang dianjurkan oleh KIDS bertujuan memperkukuh hubungan dalam kalangan anggotanya.
“Kami juga berharap acara ini dapat menceriakan anak-anak kanser terbabit memandangkan sebahagian mereka masih menjalani rawatan dan tidak digalakkan untuk keluar rumah dengan kerap,” katanya kepada Bernama.
Beliau turut menyeru orang ramai tampil dan menghulurkan sumbangan sebagai sebahagian usaha membantu kanak-kanak penghidap kanser daripada golongan miskin.
“Selain itu, objektif kami ialah menyediakan sokongan moral terutama untuk ibu bapa yang anak mereka baru sahaja dikesan menghidap kanser,” katanya menambah setakat ini KIDS mempunyai 320 anggota.
Sementara itu, Badrunnisha Abdul Rahman meluahkan kegembiraan dapat meraikan sambutan raya bersama anak lelakinya.
“Saya berterima kasih kepada penganjur kerana mengadakan program ini. Kami cukup seronok hari ini,” katanya.
KIDS yang ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa yang mempunyai anak penghidap kanser di Hospital Kuala Lumpur pada 2016 merupakan badan bukan kerajaan yang bertujuan memberi sokongan kepada keluarga menangani impak daripada penyakit itu. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel KIDS Anjur ‘Riang Ria Raya’ Untuk Anak-Anak Hidap Kanser
Anda sekarang membaca artikel KIDS Anjur ‘Riang Ria Raya’ Untuk Anak-Anak Hidap Kanser dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kids-anjur-riang-ria-raya-untuk-anak.html