link : Kini gadis ini berwajah baharu setelah mukanya rosak diserang mamalia rakun sewaktu kecil
Kini gadis ini berwajah baharu setelah mukanya rosak diserang mamalia rakun sewaktu kecil
Ujian setiap orang adalah tidak sama. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, ada juga yang diuji dengan isu keluarga dan ada juga yang diuji dengan masalah kesihatan. Seberat manapun ujian yang diberi, kita harus kuat untuk mengahadapinya kerana di sebalik semua itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Seperti remaja perempuan ini, dia diuji dengan wajahnya yang rosak sejak daripada kecil lagi. Remaja perempuan yang berasal dari Amerika Syarikat ini, Charlotte Ponce dikhabarkan telah diserang oleh mamalia spesies rakun yang dipelihara oleh keluarganya pada usianya baru mencecah tiga bulan.
Dia ketika itu sedang meminum susu menggunakan botol susu sebelum titisan susu tumpah ke pipinya. Melihat akan perkara itu rakun yang berdekatan dengannya terus menerkamnya.
Ayahnya terus mencekik haiwan itu sehingga mati, namun nasib si kecil itu malang kerana dia telah kehilangan telinga dan hidungnya akibat daripada serangan tersebut.
Kerana insiden itu, ibu bapanya telah hilang hak penjagaan Charlotte dan saudaranya selama bertahun-tahun. Kedua-dua mereka kemudian diambil dan dijaga oleh bapa dan ibu saudara mereka, Sharon dan Tim Ponce, di Michigan.
Dia sebenarnya telah menjalani pembedahan lebih daripada sepuluh kali untuk memulihkan semula wajahnya yang rosak tetapi tidak berhasil sehinggalah pada tahun 2017 dia menerima berita bahawa dia akan mendapat telinga dan hidung yang baharu.
Doktor yang melakukan pembedahan itu, Dr Kongkrit Chaiyasate, telah memberitahunya bahawa dia akan mempunyai anggota badan baharu menggantikan telingan dan hidung yang hilang.
“Saya berjumpa dengan Dr Chaiyasate di atas talian dan kemudian kami baru tahu bahawa dia pernah menjadi doktor kepada Charlotte, dia menyayangi Charlotte seperti anaknya sendiri,” kata Sharon kepada The Mirror.
“Saya masih ingat dia duduk dan bertanya sama ada Charlotte mahu hidung dan telinga yang baru. Dia memberitahu dia boleh memberikannya.”
“Kami berasa kagum kerana sebelum ini tiada siapa yang pernah bertanya seperti itu.”
Dr Chaiyasate menanam struktur asas telinga di bawah kulit di lengannya. Dari sana ia tumbuh menjadi telinga sehingga ianya berkembang sepenuhnya dan kemudiannya dipindahkan ke wajahnya.
Walaupun sedang bergelut dengan ujian yang diberikan, remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun masih sama seperti remaja lain yang suka bermain.
Sebelum ini dia ada memberitahu media tempatan bahawa dia ada mengumpul puluhan pasang anting-anting dengan harapan untuk mendapat telinga baru dan kini akhirnya impiannya itu menjadi realiti.
Sumber: Newshub
sumber : http://ift.tt/2ulAXhi
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kini gadis ini berwajah baharu setelah mukanya rosak diserang mamalia rakun sewaktu kecil
Anda sekarang membaca artikel Kini gadis ini berwajah baharu setelah mukanya rosak diserang mamalia rakun sewaktu kecil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kini-gadis-ini-berwajah-baharu-setelah.html