Kisah Kak Caca

Kisah Kak Caca - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Kak Caca, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Kak Caca
link : Kisah Kak Caca

Baca juga


Kisah Kak Caca

Kisah Kak Caca

Aku terbaca kisah persahabatan antara Fathia dan Uqasha yang dikecam kerana katanya Uqasha tu bawa pengaruh buruk. Lebih kurang cerita aku zaman sekolah tapi tak adalah kena kecam satu malaysia, cuma ada lah juga kecamannya.

Ibu ayah aku di kategorikan orang yang patuh agama, jadi aku pun dibesarkan dengan didikan agama yang lengkap. Aku sendiri dari kecil seorang yang suka membaca, jadi bila tak ada bahan bacaan, aku bedal lah baca kitab dan buku agama ayah aku. Bila aku tak faham, aku akan tanya ayah aku. Kerana tabiat aku itu, aku boleh dikatakan agak berpengatahuan tentang agama walau aku tak adalah solehah mana pun.

Aku dari kecil tak suka kawan dengan perempuan walau aku perempuan sebab aku agak kasar. Aku lagi suka berkawan dengan lelaki. Bila masuk sekolah menengah asrama harian, aku dah faham batas pergaulan lelaki perempuan jadi aku cuba untuk berkawan dengan perempuan tapi tetap tak boleh ngam sebab aku anti couple, gedik-gedik ni, aku kasar tak pandai melawa, jadi perbezaan ni buat aku dan mereka susah nak ngam.

Masuk tingkatan 2, datanglah pelajar baru, dua beradik, sebilik dengan aku, katil pun bersebelahan, Aku gelarkan sebagai kak Caca, tingkatan 4 dan adiknya, Cici, tingkatan 1. Aku kenal dua beradik ni sebab mereka pun dari kampung aku, cuma yang kakaknya dulu sekolah di bandar. Keluarga mereka sangat popular di kampung sebab gaya mereka. Dengan pakaian mereka yang agak seksi contoh kebaya kain nipis, kain terbelah sampai ke peha, dan kak caca agak sosial orangnya jadi memang sah-sah jadi umpatan.

Mula-mula, aku macam biasa je buat hal sendiri, tapi bila dah lama berjiran katil ni, aku mula melihat sisi lain kak Caca, memanglah dia agak sosial, tapi dia sebenarnya seorang yang sangat baik. Dari segi perhubungan sesama manusia, dia tak ada nak mengumpat orang, dia buat baik dengan semua orang walau aku tahu dia tahu ramai pelajar yang depan dia je baik, belakang cakap macam-macam pasal dia. Aku jadi serasi walau perangai kami memang banyak beza. Sekurang-kurang dia tak kutuk aku sebab aku kasar dan tak pandai bergaya.

Kitaorang jadi kawan baik, keluarga dia pun baik dengan aku. Tapi aku mula dikecam bukan setakat dengan budak-budak sekolah, Ustazah yang merangkap warden pun jadi anti kat aku. Kata mereka, kecaman mereka itu sedarkan aku supaya aku tidak terikut dengan perangai Kak Caca ni. Ustazah sering cari salah aku, banyaklah lagi aku jadi sasaran ustazah, kena perli kena marah aku dah biasa. Kak Caca kesian juga tengok aku. Tapi aku suruh dia abaikan mulut-mulut manusia. Cerita ni sampai kat ibu aku. Sebagai ibu, mestilah ibu aku risau, tapi aku yakinkan ibu, minta ibu percayakan aku. Ibu patut tahu yang aku bukan mudah untuk dipengaruhi sebab aku boleh fikir mana baik mana buruk. Ibu tetap was-was tapi Ayah nasihat ibu, kata ayah, aku dah besar, aku dah diberikan didikan agama secukupnya, Ayah yakin aku takkan terpengaruh. Ibu mula terima kak Caca. Kak Caca dan keluarga datang rumah aku, ibu layan baik. Last-last dengan ibu pun kena umpat.

Bagi aku, Kak Caca ni sebenarnya jahil dari segi agama. Begitu juga keluarganya. Betul ada pendidikan islam dalam kelas tapi cukup ke sekadar itu. Cici pernah cerita kat aku, yang pakaian diaorang semua mak dia tentukan. Mak dia nak diaorang kelihatan bagai orang bandar (tipikal drama tv, asal pakai baju kurung, tudung je orang kampung), macam artis-artis. Tu yang pakaian diaorang seksi. Cici cakap dekat rumah diaorang tak pernah solat. Masa tu aku tergamam jugalah. Jadi bila di asrama aku ajak Cici solat. Aku pesan dia solat juga kat rumah. Aku bercerita tentang aurat, batas pergaulan lelaki perempuan. Cici agak pemalu dan lembut orangnya, mudah menerima nasihat. Kak Caca jenis agresif. Jadi aku tak bolehlah setakat nasihat, akak solat, boolayan jawabnya. Dengan Kak Caca, aku guna cara kasar, aku ajak dia solat bila dia bagi alasan , aku tarik dia wuduk, aku bentang sejadah, solat sama-sama.

Masuk tingkatan 3, Kak Caca tingkatan 5, ini peristiwa yang mengecewakan aku. Kak Caca kena tangkap overnight rumah nenek boyfriend dia. Aku tak berapa ingat cerita dia, jadi aku tak boleh cerita takut salah cerita. Cuma yang aku kesalkan, bukan Kak Caca seorang pernah overnight, ada lagi yang pernah tapi semua selamat, atau diberi surat amaran. Tapi sebab yang membuat salah itu kak Caca, terus dia dibuang asrama dan digantung sekolah, sebab dia perlu ambil SPM, dia dibenarkan ambil SPM.

Aku dan dia makin jauh sebab memang jarang jumpa. Sedangkan Kak Caca baru nak solat tanpa paksaan, baru mula kurangkan seksi dia tapi dah duduk luar asrama, dia kembali kepada dia yang asal. Aku dengan Cici jela walau beza umur kami setahun je, tapi Cici ni agak lembik fizikalnya, jadi aku rasa dia macam adik aku, jaga dia, itupun kena perli gak. Cici sangat cool, orang mengata keluarga dia, dia senyum je. Bila result PMR keluar, aku masuk sekolah lain. Tamatlah cerita aku, Caca dan Cici.

Sekarang, bila aku balik kampung ( Aku sebenarnya lahir di bandaraya negeri lain, ayah aku kerja di sini, cuma duduk kampung sebab ikut ibu aku jaga atok aku, bila atok aku meninggal, kitaorang duduk bandar balik. Sekali sekala je balik kampung) masih ade cerita negatif tentang kak Caca tapi syukur Cici cukup menutup aurat. Aku hanya mampu berdoa untuk kak Caca semoga diberi hidayah.

Apa aku kesalkan dari cerita Kak Caca, aku kesalkan mereka-mereka yang ingin selamatkan aku dari terpengaruh dengan Kak Caca, patutnya selamatkan Caca bukan aku. Kalau yang baik, perlu berkawan dengan yang baik, jadi siapa yang akan membantu orang macam Kak Caca, Cici, sedangkan mereka ini lebih mudah menerima nasihat sebab mereka tahu kekurangan mereka.

Bagi aku, dosa manusia tu berbeza, jangan kerana kita tidak melakukan dosa yang sama, kita merasakan kita lebih baik dari orang lain. Kak Caca ni jadi bahan umpatan sebab dia ni kalau nak buat dosa secara terang-terangan. Dia nak menggedik ke dating ke, tengah-tengah kelas, kalau orang lain tersembunyi. Aku bagi contoh situasi.

Situasi 1
Pelajar 1 : Eh, kau tahu tak, Kak A couple dengan Abang A, diaorang tengah dating kat . (Tempat-tempat tersorok)
Pelajar 2: Ye ke, sweetnya.

Situasi 2
Pelajar 1 : Eh, kau tengok Si Caca tu tengah dating kat meja dia
Pelajar 2 : Alah, dia tu memang gedik.

Nampak tak beza situasi macam ni. Bila dia berkawan dengan aku, aku tegurlah bila aku tengok dia tak jaga batas pergaualan. Untuk ubah dia tak couple terus agak susah tapi oklah juga bila dia tak lagi pegang-pegang tangan lelaki suka-suka. Bila orang lain couple, orang kata sweet. Tapi bila Kak Caca dikatakan gedik pula, padahal orang lain dating tempat tersembunyi berdua-duaan lagilah maksiat, Kak Caca ni tengah-tengah kelas, tempat ramai orang. Pandangan manusia tentang dosa ni pun aku tengok ikut siapa pelakunya.

Bagi akulah, jangan sesekali kita merasakan kita ni suci, kita ni lagi kurang dosa dari orang lain, terdetik je, jadi riak berdosa juga. Bila jumpa orang macam ni, nasihatkanlah mereka, bercakap dengan mereka elok, bimbing mereka dan tunjuk contoh yang baik. Bukannya kecam guna bahasa yang kasar. Andai tiada kuasa untuk menegur, doakan dia.

Daripada Abu Darda RA, dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya itu) melainkan akan berkatalah Malaikat, Amin! Engkau juga akan beroleh manfaat yang sama (Riwayat Muslim)

Jadi, kenapa perlu kecam sana sini, nasihatlah dengan cara baik dan doakan kan lagi bagus. Tak ada istilah kita boleh aibkan mereka yang kita rasa aibkan agama. Sebab takut kalau Allah tunjuk dosa kita, entah-entah, nak bernafas pun malu. Dan janganlah kita menjatuhkan hukum kepada orang lain bagai mereka ahli neraka kita ahli syurga kerana kita belum tahu pengakhiran kita bagaimana. Aku tamatkan cerita setakat ini.

.Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang panjang ni.

Nota Kaki: Aku dengan Ustazah dah selesai sebelum aku tukar sekolah. Aku dah luahkan semua yang aku rasa dan persoalkan semua yang aku rasa tak kena. kitaorang dah saling bermaafan.

Mawar

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kisah Kak Caca

Sekianlah artikel Kisah Kak Caca kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Kak Caca dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kisah-kak-caca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :