Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini

Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini
link : Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini

Baca juga


Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini

atuk-m-675x400.jpg

Ini merupakan sebuah cerita rakyat yang sering didengari oleh masyarakat mengenai hubungan anak dan orang tua.

Fang merupakan atuk tua yang berumur 60 tahun. Dalam usianya, dia hanya berbaring di katilnya, hidup menderita mati belum bertemu.

atuk1.jpg

Awalnya, anak lelaki Fang, Fang Jian-Kui dan isterinya masih bersabar menjaga Atuk Fang setiap hari. Namun, lama kelamaan mereka sudah penat dan berharap Atuk Fang segera mati supaya tidak menyusahkan mereka.

Menantunya merupakan individu yang sangat marah melihat Atuk Fang membuang najis dan kotoran di katil, dan dialah orang yang bertindak perlu membuang dan membersihkan Atuk Fang.

Pada suatu malam, Atuk Fang membuang air besar di katil. Kerana tidak mahu menyusahkan anak dan menantunya, kali ini dia berinisiatif mahu membersihkan najisnya sendiri. Dia mencuba untuk berdiri, dan ternyata usahanya gagal. Malah dia terjatuh berguling-guling dari tempat tidurnya.

Anaknya memarahi dan menyalahkan ayahnya, Pa, jika mahu buang air besar, beritahu dahulu. Lihat apa yang terjadi sekarang. Makin banyak kerja yang perlu saya lakukan! Sambil bergeningan air mata, Atuk Fang berkata, Nak, aku hanya tidak mahu menyusahkan kamu dan isteri lagi, jadi aku cuba untuk membersihkan sendiri.

Bersihkan? Lihat sekarang? Kamu sudah kami jaga dengan elok, jarang dapat lihat barang tua seperti kamu ini! kata menantunya dengan nada marah.

Atuk Fang hanya terdiam. Setelah anaknya selesai membersihkan tempat tidurnya, Atuk Fang membisik kepada anaknya, Nak, sini, aku ingin berkata sesuatu. Atuk Fang berkata dan meminta dirinya supaya dibuang dari tebing tinggi, lebih cepat mati, lebih baik. Anaknya berkata, Pa, kamu mahu aku dihukum oleh dewa kerana perlakuan itu? Kalau mahu mati, mati sahaja sendiri! Jangan cuba kaitkan saya.

Nak, aku sudah tidak mampu untuk bergerak sendiri. Kalau boleh, sudah pasti aku tidak akan menyusahkan kamu. Aku berfikir, lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sekarang ini, tolong penuhi permintaanku.

Sekarang di rumah juga sudah ada banyak masalah, kamu hanya perlu membuang aku dari terbing sahaja, keranda pun tidak perlu beli. Ini kehendak aku, dewa pasti faham.

Mendengarkan perkara tersebut, menantunya menyokong dan mahu kesengsaraan yang dihadapi oleh Atuk Fang berakhir seperti yang dimahukannya.

Pa, kamu betul-betul mahu mati? tanya anaknya.

Ini demi kebaikan aku dan kamu. Aku ingin mati. Kata Atuk Fang.

Baiklah kalau begitu. Esok aku akan siapkan pengusung dan akan membawa ayah ke gunung. Ayah masih ada masa untuk mengubah fikiran dan keputusan ayah, kata Anaknya, Fang Jian-Kui.

Menyesal apanya, aku sudah puas hidup selama 60 tahun ini. Terlalu lama aku hidup, kata Atuk Fang.

Perbualan itu didengari oleh cucunya, Fang Ming-Ming. Dia bertanya kepada Fang Jian-Kui, ayahnya. Pa, kenapa aku rasa atuk seperti sedang marah? Ayah bukannya betul mahu membuang atuk dari tebing kan?

Ini urusan orang dewasa anakku, budak kecil jangan masuk campur, jawab ayah kepada anaknya.

Keesokan harinya, setelah matahari terbenam, Fang Jian-Kui dan isterinya memikul ayah mereka ke gunung sebelum waktu menjadi terlalu gelap. Kata Fang Jian-Kui, jika terlalu gelap, akan terdapat ancaman dari serigala.

atuk2.jpg

Sesudah sampai di gunung, mereka meletakkan pembawa yang mengusung ayahnya ke lantai. Pada saat mereka menoleh ke belakang, mereka sedar bahawa anak pasangan tersebut, Fang Ming-Ming mengikut mereka dari belakang.

atuk3.jpg

Ming-ming, ayah sudah suruh kamu jangan ikut. Pergi balik cepat! kata ayahnya.

Mahu ayah pukul kamu, kenapa berdegil sangat? kata ayahnya kerana anaknya itu tidak mendengar kata.

Pa, ma, jika kalian mahu membuang atuk dari terbing, aku tiada masalah, tetapi tolong simpan pengusung tersebut, kata Fang Ming-Ming.

Disimpan? Untuk apa?, tanya ayahnya.

Nanti apabila ayah dengan ibu sudah tua dan tidak mampu untuk bergerak, saya akan gunakan pengusung itu untuk membawa ayah dengan ibu ke atas gunung, kata Fang Ming-Ming dengan santai.

Mendengarkan kata-kata yang dikeluarkan Fang Ming-Ming, Atuk Fang menangis. Fang Jian-Kui dan isterinya hanya terdiam.

Setelah beberapa lama, isteri Fang Jian-Kui menyuruh supaya Atuk Fang dibawa pulang ke rumah.

Satu perkataan oleh cucunya berjaya menyelamatkan nyawa Atuk Fang, dan membawa perubahan besar kepada keluarga. Sekarang menantu serta anaknya lebih prihatin dalam menjaga Atuk Fang.

Setelah dirawat dengan baik, tidak sampai dua bulan, Atuk Fang sudah boleh berdiri dan meneruskan hidup sehingga usia 99 tahun.

Orang kampung melihat Fang Jian-Kui dan isterinya sebagai anak yang berbakti kepada orang tuanya. Atuk Fang sangat bernasib baik. Perkara ini berlaku dan berubah sekelip mata kerana tindakan berani cucunya.

Sumber: penmerahpress

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini

Sekianlah artikel Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Pengajaran Tentang Pasangan Suami Isteri Yang Bertindak Mahu Membuang Ayahnya Dari Tebing Tinggi Lihat Simbolik Pengusung Dalam Kisah Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kisah-pengajaran-tentang-pasangan-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :