K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang

K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang
link : K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang

Baca juga


K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja kerajaan yang zalim boleh tumbang, kerajaan yang bertanggungjawab dan adil juga boleh runtuh apabila rakyat mula membelakangi pemerintahnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan yang adil dan bertanggungjawab tumbang apabila rakyat terpengaruh dengan hasutan dalam kalangan mereka yang tidak berpuas hati.

“Sebagaimana negara yang zalim akan berakhir dengan keruntuhan, begitulah juga ia boleh berlaku ke atas negara yang adil. Keruntuhannya boleh berlaku jika rakyat tidak lagi mensyukuri nikmat Allah.

“Ada kalanya rakyat mula membelakangi pemerintah dan mula mendengar hasutan daripada kalangan mereka sendiri yang menyebarkan pembohongan dan fitnah ke atas pemerintah.

“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian hidup sedia ada,” katanya di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, penyebaran fitnah dan pembohongan itu seterusnya akan menimbulkan ‘pemberontakan’ rakyat terhadap pemerintah yang bertanggungjawab dan adil.

Kata beliau, pada akhirnya negara yang baik akam runtuh dan berganti dengan negara baru yang terbina di atas kezaliman yang dicipta tersebut.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat yang membuka telinga terhadap fitnah dan memakan rezeki yang haram adalah satu kemalangan untuk negara.

Kata beliau, ia juga lambang nikmat Allah yang tidak disyukuri rakyat seperti yang berulang kali berlaku dalam sejarah manusia sebagaimana kisah al-Quran mengenai Bani Israel yang tidak mensyukuri nikmat Allah ke atas mereka.

“Justeru rakyat sayugialah sentiasa menjunjung kebenaran, sensitif terhadap api fitnah dan bersegera memadamkannya. Sentiasa mendengar peringatan daripada al-Quran dan para ulama serta menasihati dan mendukung pemerintah yang adil.

“Kenalilah pemerintah dengan mengenali dan membezakan kebenaran daripada kebatilan. Tiada mungkin kebenaran yang dicampur baur dengan fitnah akan mencetuskan kesejahteraan dan keadilan dalam kehidupan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang

Sekianlah artikel K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel K’jaan Adil & Bertanggungjawab Pun Boleh Tumbang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kjaan-adil-bertanggungjawab-pun-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :