Konco Ahlong Kurang Ajar

Konco Ahlong Kurang Ajar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konco Ahlong Kurang Ajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konco Ahlong Kurang Ajar
link : Konco Ahlong Kurang Ajar

Baca juga


Konco Ahlong Kurang Ajar

“MINTA maaf kerana tersilap simbah cat.”

Itu kata lelaki dipercayai along dengan mudah mengungkapkan kata-kata berkenaan selepas menyimbah cat merah pada dua kereta di Taman Puchong Perdana, Selasa lalu.

Nazihah Suliman, 28, seorang daripada dua mangsa yang kereta mereka disimbah cat berkata, kejadian berlaku pada 10 malam dan dia mengetahui mengenainya selepas menerima panggilan telefon daripada jiran.

Katanya dia baru kematian kehilangan ibu dan ketika dimaklumkan mengenai perkara itu dia sekeluarga baru selesai tahlil.

“Kami sekeluarga tidak sempat rehat selepas majlis pengebumian arwah ibu, jiran telefon pula beritahu ada sesuatu terjadi pada kereta yang saya parkir di sebelah rumah.

“Apabila keluar, terkejut mendapati kereta Nissan Sentra dan Perodua Bezza milik rakan yang datang menziarah, dipenuhi cat merah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, individu yang menyimbah cat itu ada meletakkan nombor telefon pada tembok pagar rumah jirannya itu.

“Ini perbuatan along dan saya hubungi nombor yang ditampal itu.

“Bagaimanapun, lelaki itu menjawab dia tersalah sasaran dan memohon maaf,” katanya.

Nazihah berkata, jirannya membenarkan dia meletakkan kereta di hadapan rumah berkenaan.

“Rumah sebelah disewa warga Indonesia, jadi mereka tidak mempunyai kereta. Pemilik rumah benarkan saya parkir.

“Saya difahamkan ada individu menggunakan alamat itu untuk meminjam wang Along, namun kereta adik dan rakan saya jadi mangsa disimbah cat merah,”katanya.

Nazihah berkata, ia kejadian kali kedua yang berlaku di rumah jirannya itu.

“Sebelum ini, mereka (Along) pernah datang dan simbah cat. Tidak sangka Selasa lalu, saya pula jadi mangsa,” katanya.

Menurut Nazihah, dia mengambil masa tiga jam bagi membersihkan cat itu.

“Kalau hantar ke kedai pasti kosnya tinggi. Jadi, saya gunakan minyak petrol untuk cuci tompokan cat,” katanya. – myMetro Online

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Konco Ahlong Kurang Ajar

Sekianlah artikel Konco Ahlong Kurang Ajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Konco Ahlong Kurang Ajar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/konco-ahlong-kurang-ajar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :