Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan

Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan
link : Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan

Baca juga


Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bakal hilang khidmat K.Logan Raj selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) yang tidak menyambung kontraknya yang akan tamat akhir bulan ini.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata walaupun agak berat untuk melepaskan Logan, namun beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh bekas pemain kebangsaan itu untuk tidak lagi menyandang jawatan sebagai CEO.

“Kontrak Logan tamat akhir bulan ini, dan beliau memutuskan untuk tidak menyambung kontrak. Kita hormati keputusan Logan yang berhasrat mencari peluang kerjaya di luar dan menyertai keluarganya di Australia.

“Kita akan cari CEO baharu dan saya sudah ada calon. Tapi saya akan umumkan kemudian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Subahan berkata meskipun telah melepaskan jawatan selaku CEO, khidmat Logan masih ditagih dan beliau dilantik sebagai ahli bebas dalam Lembaga Eksekutif MHC menggantikan tempat Johnson Fernandez yang mahu melepaskan jawatan berkenaan.

Logan dilantik sebagai CEO pada Mei 2015, dengan kontrak selama dua tahun bermula serta-merta.

Logan pernah membantu negara meraih pingat perak dan gangsa ketika Sukan Komanwel di Kuala Lumpur 1998 dan Melbourne 2006, gangsa (Piala Remaja Asia 2000), Piala Remaja Dunia Hobart 2002 (ke-11), Kelayakan Olimpik (2000,2004), Kelayakan Piala Dunia Beijing (2006) dan sebagai kapten pada Sukan Sea Korat 2007 dengan meraih pingat emas.

Sementara itu, Subahan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan mengumumkan pelantikan bekas pemain kebangsaan sekitar 1979 hingga 1993, Soon Mustafa Karim sebagai pengerusi jawatankuasa kejurulatihan MHC berkuat kuasa serta-merta.

“Saya telah berbincang dan mendapatkan pendapat daripada semua pihak. Dengan persetujuan semua ahli jawatankuasa saya telah membuat keputusan untuk melantik Soon Mustafa sebagai pengerusi jawatankuasa jurulatihan manakala Datuk Ahmad Najmi Razak pula sebagai timbalannya,” katanya.

Subahan berkata berdasarkan latar belakang Soon Mustafa dalam sukan hoki, beliau yakin bekas pemain berusia 54 tahun itu mampu bekerjasama dengan Pengarah Teknikal MHC Terry Walsh dalam merangka program kejurulatihan di peringkat akar umbi.

Soon Mutafa pernah bersama skuad hoki negara di dua edisi Sukan Olimpik iaitu 1984 di Los Angeles dan 1992 di Barcelona.

“Kita dapati pada masa ini, MHC mengalami ketandusan jurulatih yang berkebolehan. Ini kita sedar bila ada pemilihan jurulatih kebangsaan, balik-balik dalam kalangan orang yang sama.

“Bukan bermakna mereka tidak bagus cuma kita mahu mereka semua ini turun padang ke peringkat akar umbi untuk mencari lebih ramai jurulatih hoki yang baharu,” katanya.

Selain Soon Mustafa dan Ahmad Najmi,  turut dilantik dalam jawatankuasa kejurulatihan itu ialah Walsh, Pengarah Kejurulatihan Institut Sukan Negara (ISN) Alan Black, Pengarah Pembangunan Tai Beng Hai, ketua jurulatih 1MAS Yahya Atan dan bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan V.Muraleedharan.

Sementara jurulatih pembangunan Pahang Nuriza Sulaiman dan bekas ketua pasukan hoki wanita kebangsaan Nadia Abdul Rahman dilantik bagi memantapkan persediaan hoki wanita. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan

Sekianlah artikel Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/konfederasi-hoki-malaysia-hilang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :