KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu

KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu
link : KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu

Baca juga


KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu

SHAH ALAM – Wujud individu tertentu yang cuba memalsukan kad sementara atau ‘Enforcement Card’ (E-Kad) untuk digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya mengesan sebanyak 40 E-Kad palsu yang digunakan oleh PATI sejak program itu dilancarkan 15 Februari lalu.

“Sebelum ini, kita telah ambil tindakan terhadap ejen yang cuba palsukan E-Kad dan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai E-Kad palsu.

“Imigresen juga pernah menahan seorang warga Bangladesh yang mempunyai lapan E-Kad palsu,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi PATI di Kota Kemuning di sini, hari ini.

Beliau berkata E-Kad yang dibuat oleh pihak Imigresen mempunyai biometrik majikan serta pekerja yang digaji dan sukar untuk dipalsukan.

“Reka bentuk E-Kad palsu nampak sama tetapi Quick Response Code (QR Code) berbeza, cap jari majikan dan pekerja akan diambil dan dari situ kita dapat kesan palsu atau tidak,” katanya.

Mengulas mengenai operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi itu, Mustafar berkata seramai 156 PATI dan dua majikan tempatan berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan dalam dua operasi di Seri Kembangan dan Kota Kemuning.

Antara PATI yang ditahan ialah warga Bangladesh, Nigeria, Vietnam, Indonesia dan China.

“Ini menunjukkan Imigresen tegas dalam menjaga kedaulatan negara, faktor utama program E-Kad dilihat gagal adalah disebabkan kedegilan majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka,” katanya.

Beliau berkata PATI yang ditahan akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas siasatan dan proses perundangan selesai dilaksanakan.

“Mereka akan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen di negeri masing-masing sebelum dihantar pulang. Ini memerlukan kerjasama daripada kedutaan dan pihak Imigresen akan menghubungi mereka,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu

Sekianlah artikel KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KP Imigresen Dedah Ada PATI Guna E-Kad Palsu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kp-imigresen-dedah-ada-pati-guna-e-kad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :