KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan

KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan
link : KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan

Baca juga


KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mencari mekanisme sesuai untuk menyelaraskan harga ikan dalam pasaran pada harga berpatutan.

Timbalan Menterinya Datuk Henry Sum Agong berkata KPDNKK akan mengadakan rundingan dengan pembekal serta pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat tepat dan cadangan mereka dalam menyelesaikan masalah itu.

“Perbincangan juga melibatkan antaranya pemborong, LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan pihak berkaitan.

“KPDNKK sedang mencari jalan dan kita bukan hanya mahu supaya harga ini dapat diturunkan tetapi dapat diselaraskan untuk manfaat pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melawat  syarikat pengeluaran minyak masak di kawasan perindustrian Indera Mahkota di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melawat Pasar Besar Kuantan bagi meninjau barangan jualan di situ. Turut serta  Timbalan Ketua Pengarah PPDNKK Suhaimi Mat Sari.

Sementara itu, Suhaimi berkata KPDNKK telah melakukan pemantauan susulan laporan kenaikan harga ikan yang tular dalam media sosial baru-baru ini dan akan  mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkaitan, termasuk nelayan dalam isu tersebut.

Langkah itu, katanya, adalah bagi mengesan punca kenaikan harga ikan dan tindakan boleh diambil sekiranya terdapat kesalahan dilakukan pihak berkaitan sehingga  menimbulkan masalah itu. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan

Sekianlah artikel KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kpdnkk-cari-mekanisme-selaras-harga-ikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :