link : Krisis Hadi-Tuan Ibrahim dicetuskan 'pengkhianat dan parti chauvinis'
Krisis Hadi-Tuan Ibrahim dicetuskan 'pengkhianat dan parti chauvinis'
SHAH ALAM: Isu kononnya wujud krisis di antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sengaja dicetuskan pihak tertentu yang mahu melihat kedua-dua pemimpin itu berseteru.
Sambil menafikan dakwaan wujud pertelingkahan tersebut, Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menolak isu itu ditimbulkan parti serpihan PAS, iaitu Amanah dan juga DAP.
"Tidak benar sama sekali bahawa wujudnya pertelingkahan antara Presiden PAS dan Timbalan PAS.
"Pihak yang mengharapkan ada perseteruan antara dua tokoh ini tentunya pengkhianat yang melarikan kerusi yang dimenangi atas nama PAS dalam PRU13 yang lepas, dan parti chauvinis yang ada dalam negara kita.
"Tidak menghairankan bahawa mereka dan pelampau media mereka yang mengulang-ulang pembohongan ini," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Antarapos hari ini.
Sebelum ini ada dakwaan menyatakan wujud pertelingkahan di antara dua pemimpin tertinggi PAS tersebut yang dikatakan berpunca daripada pelantikan Datuk Mustafa Ali sebagai pengerusi Lembaga Penasihat PAS.
Pelantikan Mustafa dibuat ketika Tuan Ibrahim memangku tugas Presiden ketika Hadi berehat selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Mustafa diletakkan ke dalam jawatan berkenaan selepas tidak dilantik memegang sebarang jawatan dan digugurkan dari jawatan Pengarah Pilihan Raya PAS oleh mesyuarat yang dipengerusikan Hadi pada 6 Mei lalu.
Mengulas perkara tersebut, Samsuri dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya bahawa pelantikan tersebut menjadi punca kononnya Hadi dan Tuan Ibrahim bergaduh sesama mereka.
"Pelantikan Datuk Mustafa Ali dan tokoh-tokoh veteran yang lain adalah dibuat oleh Presiden PAS dalam Mesyuarat Harian Pusat, dan di minit-sahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berikutnya yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden dan ianya adalah 'plain and simple'," tegasnya lagi.
Terdahulu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob turut menafikan ada berlaku persengketaan antara Hadi dan Tuan Ibrahim.
Ahmad berkata kemungkinan berlaku perbezaaan pendapat antara mereka bagi sesuatu perkara namun ia tidak melibatkan hal yang berkaitan dengan dasar parti itu.

Demikianlah Artikel Krisis Hadi-Tuan Ibrahim dicetuskan 'pengkhianat dan parti chauvinis'
Sekianlah artikel Krisis Hadi-Tuan Ibrahim dicetuskan 'pengkhianat dan parti chauvinis' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Krisis Hadi-Tuan Ibrahim dicetuskan 'pengkhianat dan parti chauvinis' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/krisis-hadi-tuan-ibrahim-dicetuskan.html