Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin

Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin
link : Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin

Baca juga


Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjadi antara negara perantara dalam membantu menyelesaikan krisis antara Qatar dengan negara-negara Arab.

Namun, Menteri dengan Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata Malaysia komited menyokong peranan Kuwait selaku pihak perantara dalam menyelesaikan krisis berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, terdapat juga pihak lain seperti Turki dan Amerika Syarikat (AS) yang sudah ambil inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian ke arah menyatupadukan kembali negara terbabit.

"Isu di Qatar bukan satu krisis yang mudah dan cukup kompleks. Tetapi hubungan kita dengan negara-negara berkenaan, penghormatan dan kepercayaan yang diberikan oleh kepemimpinan mereka terhadap kita mengizinkan Malaysia memainkan sedikit sebanyak peranan sekiranya diperlukan.

"Tetapi setakat hari ini kita patut memberi peluang kepada Kuwait untuk memainkan peranannya dalam meredakan ketegangan antara Qatar dan negara teluk berkenaan dan pada masa sama, itulah juga pendirian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai peranan Kuwait.

"Ini masih lagi berjalan, kita pantau secara dekat. Jika diperlukan, hubungan yang telah kita wujudkan dengan negara berkenaan, boleh membantu dan meletakkan Malaysia dalam satu posisi yang bukan saja strategik, tetapi boleh memain peranan yang lebih mendalam," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang ingin mengetahui sama ada Malaysia mahu menjadi orang tengah menyelesaikan krisis di rantau berkenaan.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, krisis antara Qatar dan negara jiran seperti Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu yang melanda sejak 5 Jun lalu tidak menggugat hubungan diplomatik yang terjalin antara negara berkenaan dengan Malaysia.

Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap apa-apa konflik yang berlaku di antara negara yang mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Malaysia.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin

Sekianlah artikel Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Krisis Qatar: Malaysia sedia jadi 'orang tengah' - Hishammuddin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/krisis-qatar-malaysia-sedia-jadi-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :