Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar

Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar
link : Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar

Baca juga


Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar

GUA MUSANG – Sebuah bangunan kuarters guru di Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Pos Pasik di sini, rosak selepas ‘diserang’ sekumpulan kira-kira 10 ekor gajah liar yang datang ke kawasan tersebut untuk mencari makanan pada awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, kuarters guru terbabit yang mempunyai 10 pintu, kosong kerana semua guru masih dalam perjalanan ke sekolah tersebut selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Penghulu Pos Pasik, Hashim Harun berkata kumpulan gajah liar itu dilihat berkeliaran di kawasan kuarters guru dan rumah penduduk di kampung berkenaan selama tiga jam sebelum beredar ke kawasan hutan berhampiran pada 6 pagi.

“Berikutan kejadian itu, terdapat kuarters guru yang rosak terutama di bahagian jendela dilakukan oleh gajah berkenaan selain beratus pokok pisang di sekitar kawasan berkenaan musnah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hashim berkata beberapa penduduk Orang Asli yang menyedari kehadiran kumpulan gajah berkenaan bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing dan hanya pulang semula ke rumah pada pukul 7 pagi setelah haiwan berkenaan kembali ke hutan berdekatan.

“Ini merupakan kali pertama sekumpulan gajah liar menceroboh kuarters guru dan sebelum ini hanya memusnahkan tanaman penduduk sahaja,” katanya.

Pengawal keselamatan di sekolah tersebut Jali Hashim, 40, berkata dia menyedari kejadian itu pada 8 pagi tadi apabila melihat kawasan sekitar kuarters terbabit berselerak.

Katanya gajah berkenaan tidak memasuki kawasan sekolah dan hanya berkeliaran di sekitar kuarters guru serta rumah penduduk kampung.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar

Sekianlah artikel Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kuarters Guru Di Gua Musang Rosak Diserang Gajah Liar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kuarters-guru-di-gua-musang-rosak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :