link : Kuartet wanita terus konsisten
Kuartet wanita terus konsisten
Kuala Lumpur: Kilauan emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) tampak mampu direalisasikan kuartet 4x100 meter wanita negara apabila sekali lagi berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 45.18 saat pada Kejohanan Olahraga Asia di Bhubaneswar, India kelmarin.
Kuartet Nurul Faizah Asma Mazlan, Siti Fatimah Mohamad, S Komalam Shally dan Zaidatul Husniah Zulkifli dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk mencipta sejarah di Kuala Lumpur apabila memperbaharui rekod itu selepas baru saja mencatat rekod kebangsaan 45.19s pada Terbuka Thailand, bulan lalu.
Nurul Faizah adalah pelari pertama menggantikan Shereen Samson Vellabouy yang tidak dapat menyertai kejohanan di India kerana mengalami kecederaan.
Bagi ketua jurulatih olahraga negara Zainal Abas, kejayaan memperbaharui rekod kebangsaan sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan menunjukkan ada sesuatu yang mampu dibuktikan oleh kuartet itu pada KL2017.
“Syabas kepada mereka biarpun berlari dengan pelari pertama yang berbeza namun tetap berupaya membuktikan dapat berlari dengan pantas lagi.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kuartet wanita terus konsisten
Anda sekarang membaca artikel Kuartet wanita terus konsisten dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kuartet-wanita-terus-konsisten.html