link : Lagu 'Heavy' beri gambaran tekanan dialami Chester Bennington
Lagu 'Heavy' beri gambaran tekanan dialami Chester Bennington
Antara yang menjadi tumpuan ialah lagu terbaharu kumpulan itu, "Heavy" yang merupakan single pertama daripada album "One More Light".
"Heavy" ditulis oleh Chester sendiri bersama Mike Shinoda, Brad Delson, Julia Michaels dan Justin Tranter.
Lagu itu antara lainnya menceritakan masalah dan tekanan yang melanda dirinya dan bagaimana hal itu menjadikannya 'gila'.
Paling ketara ialah bait lirik di mana kisahnya mula memasuki fasa letting go (melepaskan) dan set free (membebaskan diri).Mike Shinoda yang bersama Chester ketika lagu itu ditulis pernah membuat pengakuan kepada majalah Billboard yang rakannya itu berada dalam keadaan sangat tertekan ketika menghasilkan lagu berkenaan.
"Saya tanya adakah dia okey.
"Pada mulanya dia kata okey, tetapi selepas itu dia mengakui berdepan terlalu banyak perkara dalam hidupnya.
"Katanya, dia berasa seakan-akan sedang lemas," cerita Shinoda.
Dalam satu temu ramah terakhir dengan The Mirror, Chester tidak menafikan sedang dalam perjuangan melawan depresi.
"Saya sudah tiba pada satu fasa dalam hidup di mana saya boleh mengalah dan mati, atau terus berjuang. Dan saya pilih untuk berjuang," kata Chester.
Selain pernah berdepan isu penyalahgunaan dadah dan alkohol, Chester juga melalui zaman kanak-kanak dan remaja yang hitam kerana pernah mengalami penderaan seksual.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lagu 'Heavy' beri gambaran tekanan dialami Chester Bennington
Anda sekarang membaca artikel Lagu 'Heavy' beri gambaran tekanan dialami Chester Bennington dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lagu-heavy-beri-gambaran-tekanan.html