Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV]

Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV] - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV]
link : Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV]

Baca juga


Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV]

POLIS Selangor berjaya menyelesaikan lapan kes samun kedai emas di negeri ini dan dua lagi di Kuala Lumpur dengan tertangkapnya tujuh lelaki di Kampung Lalang, Hampar Tenang, Dengkil, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, jumlah keseluruhan kerugian dalam lapan kes samun di negeri ini sejak 2015 lalu dianggarkan berjumlah RM15 juta.

Menurutnya, tujuh lelaki berusia 17 hingga 45 tahun itu ditahan reman di Mahkamah Majistret Kajang pada hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mengenai tangkapan semalam, polis merampas sepucuk pistol Revolver Heavy Barrel, empat tukul besi dan sejumlah barang kemas dianggarkan bernilai RM3 juta.

"Selain itu, tujuh kenderaan pelbagai jenis, topeng muka, topi keledar dan telefon bimbit pelbagai jenama turut dirampas," katanya.

Mazlan berkata, semua tujuh lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau dan pihaknya masih memburu saki baki ahli kumpulan berkenaan.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, semua suspek yang bersenjatakan pistol dan tukul besi telah merompak kedai emas di pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Bagaimanapun, mereka ditangkap di Kampung Lalang, Hampar Tenang, Dengkil, kira-kira jam 2 petang semalam ketika bersembunyi di sebuah rumah teres milik ahli keluarga salah seorang suspek.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV]

Sekianlah artikel Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lapan kes samun kedai emas diselesaikan [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lapan-kes-samun-kedai-emas-diselesaikan_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :