link : Larian Obor Sukan SEA 2017 Di Batang Padang
Larian Obor Sukan SEA 2017 Di Batang Padang
BAGAN DATUK – Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Perak diteruskan hari ini dengan larian bermula di Bagan Datuk dan berakhir di Stadium Tun Ahmad Sarji, Tapah di daerah Batang Padang.
Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu Aznel Ibrahim menyerahkan obor itu kepada Pegawai Daerah Batang Padang Azizi Abd Aziz, disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Esok, obor KL2017 itu akan dibawa ke daerah Kuala Kangsar.
Larian Obor KL2017 di Perak bermula di Bagan Serai dalam daerah Kerian pada Jumaat lepas.
Larian ini akan merentasi tujuh daripada 12 daerah di negeri ini sebelum berakhir di Gerik pada 12 Julai dan diserahkan kepada wakil negeri Kelantan. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Larian Obor Sukan SEA 2017 Di Batang Padang
Anda sekarang membaca artikel Larian Obor Sukan SEA 2017 Di Batang Padang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/larian-obor-sukan-sea-2017-di-batang.html