Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017

Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017
link : Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017

Baca juga


Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017

PERAK: Sebanyak 924 kes terperangkap dalam lif direkodkan di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 1,975 kes untuk tempoh sama pada tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihak pengurusan premis atau bangunan perlu menyelenggara lif secara berjadual mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi menjaga kualiti perkhidmatan lif berkenaan.

Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata ia perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti terperangkap atau tersangkut di dalam lif.

"Pihak pengurusan perlu mempunyai jadual penyelenggaraan sama ada secara mingguan atau bulanan tertakluk kepada syarikat pengeluar lif tersebut. Ini kerana kebanyakan pihak pengurusan (bangunan atau premis) akan menyelenggara lif apabila berlaku kerosakan sahaja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Forum Pemerkasaan Integriti Siri 1 Zon Tengah anjuran JBPM dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia yang turut dihadiri Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis di sini hari ini.

Wan Mohd berkata penyelengaraan lif sangat penting kerana ia merupakan sejenis jentera yang bergerak dan pihak pengurusan tidak boleh mengabaikan aspek keselamatan berkaitan penggunaan lif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Awal bulan ini, pasangan suami isteri warga emas terperangkap hampir 26 jam di dalam lif di sebuah pasar raya di Meru Raya di sini sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya serta lemah kerana terkurung tanpa makan dan minum.

Sabtu lepas, 10 orang terperangkap kira-kira 15 minit di dalam lif di pasar raya yang sama membabitkan enam wanita dan empat lelaki, namun kesemua mereka ditemui dalam keadaan selamat.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017

Sekianlah artikel Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lebih-900-kes-terperangkap-dalam-lif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :