Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang

Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang
link : Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang

Baca juga


Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang

PETALING JAYA: Salah seorang lelaki yang terpalit dengan kontroversi poster model iklan Shell memohon maaf kepada gadis berkenaan.

Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Shahril Abdul Shukor membuat permohonan maaf melalui rakaman video di Facebook.
Dalam imej yang tular di internet, beliau individu yang mencium poster itu.

Dalam permohonan maafnya, Shahril mengakui bertindak di luar batasan dan sedia bertemu dengan model poster, Nor Shafila Khairusalleh, 25 dan suami bagi memohon maaf.

“Saya dengan rendah diri ingin minta ampun, maaf atas tingkah laku saya terhadap Nur Shafila…Saya minta maaf kepada Syafila terutamanya suami beliau.

“Kalau perlu berunding, saya akan menghadap Syafila, keluarga Syafila sendiri bersemuka bagi memohon maaf atas tingkah laku ini,” katanya dalam rakaman video itu, hari ini.

Semalam, Shell mengarahkan poster Nor Syafila di semua stesennya ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Ia selepas gambar perbuatan tidak senonoh terhadap poster itu menjadi tular, memaparkan beberapa orang lelaki mencium pipi dan menyentuh dada poster gadis itu.

Shahril turut meminta maaf kepada Shell kerana perbuatannya menyebabkan syarikat minyak itu terpaksa menarik iklan berkenaan.

Beliau menjelaskan ia sekadar gurauan bersama rakan semasa mengisi minyak namun tidak menyangka ia menjadi tular.

“Pada dasarnya untuk tujuan bergurau…gambar ini dihantar ke kumpulan Whatsapp. Saya tidak tahu gambar ini menjadi begitu viral,” katanya.

Beliau mengaku tertekan dengan kecaman orang ramai yang menuduhnya lelaki lucah.
Shafila dilaporkan berkata suaminya turut terkesan dengan perbuatan tidak senonoh itu kerana seolah-olah mencabul maruah isterinya.

Menurut MStar, Shafila bagaimanapun tidak merancang untuk menyaman mana-mana individu yang tidak senonoh itu.


Demikianlah Artikel Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang

Sekianlah artikel Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki cium poster model Shell minta maaf....Itu Lah Buat Kerja Tak Fikir Panjang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lelaki-cium-poster-model-shell-minta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :