link : Lelaki dipenjara 20 bulan lari dari tahanan polis
Lelaki dipenjara 20 bulan lari dari tahanan polis
BUTTERWORTH: Akibat melarikan diri dari tahanan polis, seorang lelaki yang sebelum itu ditahan atas kesalahan dadah, dihukum penjara selama 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas tertuduh Thuan Boon Heng, 59, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan, Thuan telah melarikan diri dari tahanan polis ketika sedang menerima rawatan di Tingkat 3A Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun lepas.
BACA: Tahanan lolos, lapan anggota polis direman empat hariBACA: Tahanan lolos dibawa bertemu keluarga, bukan ke hospital - Polis Pulau Pinang
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Hamzah Azhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Hamzah berkata, tertuduh mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan dadah, justeru beliau memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat supaya tidak melarikan diri daripada tahanan polis.
Thuan yang berbaju kuning dan berseluar pendek, serta memakai penutup muka, dalam rayuannya meminta supaya hukuman terhadapnya diringankan kerana dia mempunyai penyakit batuk kering dan memerlukan rawatan.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lelaki dipenjara 20 bulan lari dari tahanan polis
Anda sekarang membaca artikel Lelaki dipenjara 20 bulan lari dari tahanan polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lelaki-dipenjara-20-bulan-lari-dari.html