link : Lelaki Parah Kepala Terhantuk Pada Batu
Lelaki Parah Kepala Terhantuk Pada Batu
YAN – Seorang lelaki cedera parah di kepala selepas terhantuk pada batu di Pusat Peranginan Seri Perigi di sini, tengah hari tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, kejadian berlaku selepas mangsa, Mislam Shazlan, 42, yang difahamkan berasal dari Puchong Selangor datang berkelah ke sini dan tergelincir di air terjun itu.
Katanya, akibat kejadian, kepala mangsa terhantuk pada batu sehingga cedera parah dan tidak sedarkan diri.
“KIta menerima maklumat orang awam kira-kira pukul 1.46 tengah hari sebelum jentera pertama keluar dan sampai lapan minit kemudian di Air Terjun Seri Perigi itu. Sebaik tiba kita dapati ada seorang mangsa lelaki Melayu telah tergelincir dan kepalanya terhantuk pada batu,” katanya di sini, hari ini.
Ekoran itu, mangsa yang cedera parah dan tidak sedarkan diri dibawa keluar dengan menggunakan pengusung sebelum mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut.
– BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Lelaki Parah Kepala Terhantuk Pada Batu
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Parah Kepala Terhantuk Pada Batu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lelaki-parah-kepala-terhantuk-pada-batu.html