link : Lelaki Warga Emas Maut Dikelar Anak Kerana Tidak Beri Wang di Jempol
Lelaki Warga Emas Maut Dikelar Anak Kerana Tidak Beri Wang di Jempol
Manusia semakin hilang perikemanusiaan! Sampai hati seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri hanya kerana isu remeh temeh.
Baru-baru ini seorang lelaki warga emas ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah dipercayai telah dikelar anak lelakinya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak memberinya wang.
Kejadian yang berlaku di FELDA Lui Timur, Jempol ini bermula dengan pertengkaran di antara mangsa, S Valaytham, 73, dengan anak lelakinya yang berumur 45 tahun lebih kurang pukul 10.30 malam, lapor Harian Metro.
Suspek yang berang dengan tindakan mangsa enggan memberinya wang telah mengambil parang lalu mengelar leher mangsa. Berikutan bunyi bising daripada pertengkaran tersebut, jiran bergegas ke rumah mangsa dan terkejut melihat tubuh mangsa yang berlumuran darah. Ngeri!
Jiran mangsa kemudian bergegas menghubungi pihak polis. Pihak polis yang tiba di tempat kejadian menghubungi ambulans dan sejurus selepas itu mangsa telah disahkan meninggal dunia. Aduhai…
Dalam pada itu, pihak polis telah menemui parang yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa di atas lantai rumah berkenaan. Mayat mangsa pula dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untu dibedah siasat.
Suspek kini diburu pihak polis dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kejam sungguh kes jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tergamak seorang anak membunuh bapanya sendiri. Semoga suspek ditangkap secepatnya!
Baca: Bapa Kelar Leher Anak Kerana Terlalu Ralit Main Facebook
Demikianlah Artikel Lelaki Warga Emas Maut Dikelar Anak Kerana Tidak Beri Wang di Jempol
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Warga Emas Maut Dikelar Anak Kerana Tidak Beri Wang di Jempol dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lelaki-warga-emas-maut-dikelar-anak.html